Tuesday, February 22, 2011

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN MEMBACA DIKALANGAN PELAJAR
MELAYU : SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI KOTA PUTERI MASAI,
JOHOR BAHRU, JOHOR.








LAPORAN AKHIR KAJIAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN




FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA



2010
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada semua peringkat masyarakat di negara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah yang diutarakan tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum nampak sebarang penyelesaian berkesan dilakukan terhadapnya. Mungkin kita tidak nampak isu dan masalah yang sebenar berkaitan dengan ilmu, pengajaran dan pembelajaran membaca. Salah satu masalah yang kita akui sebagai yang paling serius ialah kurangnya minat dan tabiat membaca dan ini berlaku dikalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Kerajaan dan pelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca. Perkara ini sentiasa dipandang serius oleh semua pihak kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara membangun yang rakyatnya mesti boleh dan dapat bertanding dalam semua aspek kehidupan dengan negara lain.
Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum dan silibus pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah, Malangnya isu dan masalah yang sama dibangkitkan setiap tahun.
Setiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam bilik darjah sama ada di sekolah rendah, menengah atau di intitusi pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai satu pengajaran ilmu yang baru yang dapat diterima oleh pelajar. Kita berusaha mengajar dengan gigih supaya pelajar dapat menerima apa yang diajar itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil pengalaman pembacaan itu untuk tujuan yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan elemen-elemen proses membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada pelajar. Ini kerap berlaku kerana ada banyak kekangan keadaan dan halangan yang berlaku proses mengajar membaca. Ilmu membaca perlu dititikberatkan bukannya proses membaca.

Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud. Proses pengajaran membaca di dalam bilik darjah adalah refleksi kepada amalan bagaimana buku harus dibaca di sekolah semasa guru mempelarainya di sekolah dahulu. Amalan pengajaran ini telah menyebabkan guru bertindak dengan mengajar secara teknikal tanpa berani membuat keputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannya. Untuk mengelakkan guru daripada menjadi sebagai seorang juruteknik membaca, mereka harus boleh dan tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan sendiri berpandukan kepada apa yang ada di hadapan mereka (pelajar, bahan, tujuan, kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan berbuat demikian adalah satu langkah ke arah menjadi seorang guru membaca yang profesional. Guru membaca yang sebenar ialah mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu membaca dan ilmu pengajaran membaca (yang dimaksudkan di sini ialah semua guru dan tidak terhad kepada guru yang mengajar subjek bahasa sahaja).

Sebagai satu contoh ilmu membaca yang dimaksudkan ialah apabila kita membaca kita perlu tahu bahawa tujuan penulis menulis teks ialah untuk berkongsi maklumat dengan pembacanya dan pembaca pula akan membentuk semula isi teks supaya mereka dapat menerima dan memahami maklumatnya. Pada asasnya untuk mendapatkan maklumat daripada teks pembaca harus boleh mengecam, menggunakan dan mencantumkan petanda dan petunjuk yang disediakan oleh penulis dengan maklumat daripada pengalaman lalu tentang tajuk yang dibacanya dan dengan pengetahuan tentang proses membaca. Pembaca juga harus boleh membuat inferen kepada makna yang dibuat oleh penulis.

Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai sikap negatif terhadap peroses pembelajaran dan bahan yang dibacanya itu. Sikap positif terhadap membaca banyak bergantung pada pelajar mempunyai kesedaran metakognitif tentang konsep seperti: a) "Apakah itu membaca?" dan b) tentang penyertaan mereka dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialah mewujudkan satu suasana keliling yang literal yang membolehkan pelajar membina konsep yang tepat dan perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Menyeru dan menyuruh pelajar membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang minima, yang pentingnya ialah penyertaan dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan.


1.2 Latarbelakang

Matlamat membaca ialah untuk membolehkan palajar memahami mesej di dalam teks. Keupayaan untuk memahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman latar yang ada pada pelajar tentang tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila kita mengajar membaca tumpuan kita ialah pelajar. Tujuan guru biasanya untuk membolehkan pembaca mengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya tetapi pengajaran begini tidak menjamin pelajar tahu bagaimana maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang berbeza. Ini berlaku kerana guru kurang peka dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana maklumat dapat diterbitkan dari teks.

Semua Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan KLINIK MEMBACA. Cara pembacaan diajar iaitu cara membaca yang berkesan dengan mengetahui kepentingan bahagian-bahagian buku. Di kebanyakkan sekolah-sekolah kebangsaan masalah membaca dengan intonasi, gaya dan sebutan yang betul dan membaca dengan baik telah menjadi suatu masalah yang agak serius. Hal ini telah memberi kesan yang nagetif terhadap keputusan Ujian penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) yang agak merosot sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang dikenalpasti ialah masalah pembacaan yang tidak berintonasi, gaya dan juga sebutan. Masalah ini timbul disebabkan pelajar kurang faham tentang fungsi tanda baca yang sesuai pada tempatnya semasa membaca. Selain itu murid yang membaca dalam hati tanpa mengeluarkan suara telah menghadapi masalah pembacaan yang tidak berintonasi , tidak mengikut gaya dan juga sebutan tidak betul. Ini diikuti pula sifat leka dan tidak berkeyakinan diri juga menimbulkan masalah pembacaan yang tidak berintonasi. Guru yang tidak menunjukkan gaya penyampaian bacaan yang berintonasi juga menimbulkan masalah ini.

Keadaan ini mengakibatkan para murid juga tidak begitu berminat untuk meluangkan masa untuk membaca bahan-bahan bacaan, mahupun dari Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau di rumah mereka. Apa yang menyedihkan adalah masalah ini masih ada pada murid-murid tahap satu. Bagi tahap dua pula murid-murid ini kurang membaca, maka mereka ini kurang membaca bahan-bahan dari PSS. Oleh kerana mereka kurang membaca, maka mereka menghadapi masalah semasa menulis karangan kerana kurangnya isi-isi penting.

Para pendidik pula sering mengaturkan beberapa langkah yang positif untuk menyelesaikan masalah membaca dengan intonasi yang betul. Oleh itu , murid-murid perlu didedahkan dengan teknik membaca yang betul agar mereka mendapat input yang banyak iaitu dengan teknik bacaan intonasi, gaya dan sebutan yang betul. Dengan teknik bacaan ini murid-murid akan dapat membaiki kelancaran membaca dan dapat mengatasi kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
1.3 Pernyataan Masalah
Isu yang sering diperkatakan dalam kalangan pelajar sekolah ini, ialah sikap pelajar yang tidak mahu membaca. Kesannya perkembangan kemahiran menulis karangan dan bertutur pelajar lemah. Kegagalan membaca dengan teliti juga menyebabkan soalan-soalan pemahaman tidak dijawab dengan tepat. Hasil daripada rumusan yang dibuat oleh guru-guru di sekolah ini, kurang menguasai kemahiran membaca dan memahami isi-isi penting sesuatu petikan atau wacana, menyebabkan pelajar-pelajar lemah menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu. Keadaan ini, perlulah diberi perhatian dalam amalan pengajaran guru supaya pelajar menjadi lebih peka, dan minat untuk terus membaca dengan memahami isi-isi penting, serta menghasilkan sebuah penulisan yang menepati tajuk soalan.

Membaca amatlah penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kepentingan membaca telah dinyatakan dengan jelas dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu;
1.3.1 membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat
membuat tafsiran , penilaian dan rumusan yang wajar.
1.3.2 Membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera dan ilmiah.Diharapkan melalui kajian ini, dapat membantu guru-guru;
1.3.3 Mmempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya pelajar- pelajar tidak bosan dengan pengajaran yang sama setiap masa.
1.3.4 Menarik minat pelajar yang kemungkinan selama ini tidak berminat dalam pelajaran bahasa.
1.3.5 Membetulkan persepsi pelajar yang menganggap salama ini bacaan dan pemahaman adalah sesuatu yang membosankan dan tidak perlu dipelajari.

Jadi dalam kajian tindakan ini, saya cuba melihat sejauh mana pengajaran kemahiran membaca dapat meningkatkan pemahaman teks, melalui penggunaan teks terpilih dan penggunaan teknik pengajaran yang dicadangkan, agar pelajar-pelajar lebih berminat, serta terangsang untuk menguasai kecekapan-kecekapan dalam berbahasa.

Berdasarkan daripada masalah yang dinyatakan di atas, pengkaji telah pun memfokuskan kes kajian ini kepada aspek mengenal pasti faktor-faktor kelemahan membaca dikalangan pelajar melayu tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Masai, johor Bahru, Johor. Di sekolah ini terdapat seramai 240 pelajar yang lemah membaca dan untuk tahun 4 di sekolah ini terdapat lebih kurang 52 orang murid tidak tahu membaca dan juga lemah membaca. Kajian rintis dijalankan terhadap pelajar ini dilakukan berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan yang telah dijalankan terhadap pelajar ini dan mendapati ramai di antara mereka yang gagal dan tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Markah yang diperolehi tidak menepati kehendak keperluan lulus peperiksaan dan ini bukan sahaja kepada mata pelajaran bahasa melayu malah kepada mata pelajaran lain seperti sains, matematik dan juga bahasa inggeris.Ini dapat dilihat dalam Ujian pengesanan prestasi murid (UPPM) Bahasa Melayu Kefahaman tahun 4 yang dijalankan pada bulan Mei seperti di lampiran A. Tahap pencapaian murid-murid tahun 4 dalam ujian tersebut adalah rendah. Hanya 40% sahaja murid yang dapat lulus. Selebihnya sebanyak 60% tidak lulus. Bahasa Melayu kefahaman memerlukan kefahaman teks yang dibaca. Kemahiran berintonasi, gaya, dan sebutan yang betul adalah amatpenting. Namun masalah ini masih berterusan sehingga kini.

1.4 Persoalan Kajian

Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidak mencukupi banyak lagi tugas dan tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses pengajaran. Tugas guru bukannya mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guru harus boleh lakukan sungguhpun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu.

Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini bererti setiap guru mata pelajaran juga harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teks digunakan sebagai rujukan atau untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajar betul-betul berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuh perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu penting, yang penting ialah menjawab soalan kefahaman, lalu kita akan bertanya tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima oleh guru dalam bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses pendidikan guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah pun menerima pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Dengan ilmu yang ada mereka berupaya memberi penjelasan dan penerangan yang betul kepada soalan-soalan seperti ini:
a. Apakah definisi membaca?
b. Apakah faktor yang mempengaruhi membaca?
c. Bagaimana proses membaca itu berlaku?
d. Apakah erti kefahaman dalam pembacaan dan perbezaannya dengan proses membaca?
e. Apakah kemahiran dan strategi yang perlu diajar bagi pelajar yang mempunyai latar belakang, kebolehan, pengetahuan, dan matlamat membaca yang berbeza?

Oleh yang demikian persoalan kajian dapat dinyatakan seperti berikut:-
1. Adakah kelemahan pelajar itu sendiri menyebabkan mereka lemah membaca.
2.Adakah faktor keluarga menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
3. Adakah faktor guru menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar melayu.
4. Adakah faktor kesihatan pelajar itu memyebabkan kelemahan membaca dan,
5. Adakah faktor tempat belajar menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.

1.5 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri Masai, Johor Bahru, Johor., objektif kajian adalah seperti digariskan di bawah:

1.5.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
1.5.2 Untuk menilai faktor manakah yang menjadi penyebab utama punca kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
1.5.3 Mengenalpasti kaedah yang paling berkesan di dalam mengatasi kelemahan- kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
1.5.4 Untuk menilai faktor kesihatan dan juga faktor persekitaran sekolah yang boleh menyebabkan beberapa objektif pengajaran membaca tidak dapat dicapai.

1.6 Batasan Kajian

Penyelidik tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah kajian kerana keputusannya mungkin tidak dapat memberi penyelesaian kepada semua masalah yang berkaitan dengan kelemahan membaca. Oleh itu kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik ini adalah tertakluk kepada beberapa batasan atau had dan masalah tertentu. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Masai Johor. Responden adalah terdiri daripada pelajar tahun 4 yang dipilih secara rawak daripada murid yang mempunyai masalah dan kelemahan membaca dan bidang kajian ini adalah mencari faktor penyebab kelemaham membaca dikalangan pelajar Melayu di sekolah itu sahaja.

1.7 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian mengenai faktor-faktor kelemahan membaca dikalangan pelajar melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri Masai Johor Bahru, Johor akan dijadikan sebagai garis panduan oleh pihak jabatan pendidikan daerah Johor Bahru dalam meningkatkan lagi keputusan peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar negeri johor.

1.7.1 Hasil kajian juga boleh digunakan sebagai pelan tindakan bagi mengatasi kelemahan pelajar-pelajar di dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga mata pelajaran lain.

1.7.2 Kajian ini juga penting bagi menaikkan peratus kelulusan dalam Bahasa Melayu dan seterusnya akan menaikkan nama sekolah.

1.7.2 Kajian ini juga akan memudahkan pihak sekolah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dikalangan pelajar. Mengenai masalah pembacaan.

1.7.3 Kajian ini diharapkan akan menjadi dorongan bagi kajian akan datang dalam kontek lebih meluas.

1.8 Skop Kajian

Kajian akan dilakukan ke atas pelajar tahun 4 yang mempunyai kelemahan membaca dengan memilih melalui markah yang diperolehi daripada peperiksaan tahunan bagi tiga tahun kebelakangan ini dari beberapa buah kelas yang terdapat di Kebangsaan Seri Kota Puteri Masai, Johor Bahru, Johor
Seramai 52 orang pelajar akan diambil sebagai responden untuk mendapatkan data kajian ini termasuk mendapatkan latar belakang kehidupan mereka dan pengkaji akan meneliti kedudukan demografi pelajar dan juga keluarganya termasuk pendapatan keluarga dan isi rumah, bilangan keluarga dan tanggungan, tempat kediaman dan juga persekitaran tempat tinggal.

Data-data sekunder mengenai keputusan peperiksaan pelajar di sekolah ini juga akan diperolehi daripada setiausaha unit kurikulum dan pihak berkenaan bagi membantu di dalam membuat analisa kajian ini selanjutnya.

1.9 Penutup

Dalam bab ini penulis telah membincangkan mengenai pengenalan tajuk kapada kajian iaitu ‘ Faktor-faktor Kelemahan Membaca Dikalangan Pelajar Melayu : Satu Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Masai Johor Bahru, Johor. Penyelidik telah memasukkan serba sedikit latarbelakang kawasan kajian dan juga serba ringkas mengenai permasalahan murid di sekolah tersebut. Penyelidik juga telah mengupas mengenai pernyataan masalah dan persoalan kajian. Di dalam bab ini penulis telah menetapkan empat objektif kajian untuk dicapai dan seterusnya mengharapkan agar kajian ini akan memberikan faedah kepada semua pihak.
KAJIAN KES PENGURUSAN STRATEGIK

Kes McDonald’s: Menghidangkan Makanan Segera di Serata Dunia

1. Apakah peluang dan ancaman yang dihadapi oleh McDonald? Bagaimanakah ia mengatasinya? Apakah alternatif yang dapat dipilihnya?

Faktor luaran memberi peluang dan ancaman kepada McDonald dalam melaksanakan perniagaannya. McDonald mempunyai banyak peluang di dalam memperkembangkan perniagaannya, di mana ia mempunyai pasaran yang amat luas di Eropah, Amerika dan juga di Asia. Makanan yang dihidangkan oleh McDonald amat sesuai dengan makanan tempatan. Konsep makanan segera yang di buat oleh McDonald dapat diterima oleh semua masyarakat di negara pasarannya.

Namun terdapat juga beberapa ancaman yang harus dihadapi oleh McDonald iaitu ia terpaksa bersaing dengan pembekal makanan tempatan yang juga mendapat tempat dihati penduduk tempatan seperti makanan Jepun ’ sushi segera’ dan kuih muih tradisional tempatan. Pada masa yang sama McDonald juga menghadapi tahap kematangan setelah sekian lama berada ditahap perkembangan yang akan menjadikan permintaan makanan keluarannya akan berkurangan dan harus memastikan dan berusaha mengekalkan prestasi semasa serta mengelakkan kejatuhan ketahap penurunan.

Di dalam menggunakan peluang dan menghadapi ancaman McDonal mempunyai kekuatan tersendiri untuk mencapai kadar keuntungan yang tinggi. Kekuatan dalaman yang ada dimiliki oleh McDonald seperti kualiti barangannya yang terjamin, latihan melalui Universiti Burger yang dimilikinya, harga rendah dengan barangan yang berkualiti, makanan dengan citarasa keluarga, jenama kekal seluruh dunia dengan konsep restoran yang seragam, memelihara makanan tradisi dan mudah mendapat bahan mentah merupakan cara McDonal mengatasi masalah dan ancamannya.

Kekuatan dalaman digunakan untuk merebut peluang yang ada dengan menggunakan stretegik ’SO’ iaitu merebut peluang pasaran yang luas, meningkatkan pengeluaran barangan makanan ciptaannya dan menambahkan produk-produk baru untuk memaksimakan keuntungannya.

Kekuatan dalaman juga digunakan untuk mengatasi ancaman yang dihadapi, McDonald menggunakan stretegik ’ST’ iaitu mempelbagaikan jenis pengeluaran produk konsentrik untuk bersaing dengan makanan tempatan, memperkembangkan produk sampingan lain dan mempertingkatkan promosi jualan barangannya.Kekuatan dalaman juga digunakan untuk mengatasi ancaman kematangan.

McDonald juga mempunyai kelemahan di dalam perniagaannya dan di dalam kajian ini mendapati suatu kelemahan yang dimiliki oleh McDonal adalah mempunyai suatu standard piawaian yang sangat tinggi, namun untuk mengatasi kelemahan ini stretegik ’WO’ telah digunakan iaitu menggunakan stretegi pengukuhan ini dengan mengekalkan prestasi khusus falsafah murninya iaitu kualiti, khidmat, bersih dan nilai (QSCV). McDonald juga memperkukuhkan perniagaannya untuk mengelak dari kejatuhan, meningkatkan promosi dan cuba mengstrukturkan semula konsep perniagaannya dengan membuat beberapa gabunbgan dan usaha sama jika perlu.

Seterusnya di dalam menghadapi kelemahan piawaian yang tinggi ini McDonald juga menggunakan pendekatan stretegik ’WT’ dengan menonjolkan kelebihan dan keistimewaan produk makanan McDonald dengan makanan tempatan yang lain secara mengekalkan resepinya yang tersendiri.McDonald juga menggunakan stretegik ini dengan membuat promosi kejayaannya di negara-negara lain.

Secara ringkasnya beberapa alternatif yang telah dipilih oleh McDonald di dalam kelangsungan perniagaannya adalah seperti berikut:-

i. SO: Kekuatan (Strength-S) untuk merebut Peluang (Opportunity-O).
ii. ST: Kekuatan (S) untuk mengatasi ancaman (Threat-T).
iii. WO: Kelemahan (Witness-W) diperbaiki untuk mengambil peluang (O).
iv. WT: Kelemahan (W) dikurangkan untuk mengelak ancaman (T).

Rajah 1.
SWOT Analisis menerangkan secara ringkas bagaimana McDonald cuba mengekalkan perniagaannya dengan menggunakan kekuatan dalam merebut peluang dan menghadapi ancaman dengan beberapa alternatif stretegik seperti yang tersebut di atas.







DALAMAN




(KEKUATAN)

1. Kualiti barangan
terjamin
2. Latihan melalui
Universiti Burger
3. Harga rendah
berkualiti.
4. Makanan keluarga
5. Jenama kekal
6. Konsep restoran
yang seragam
7. memelihara
makanan tradisi
8. mudah mendapat
bahan mentah
(KELEMAHAN)

Piawaian yang tinggi.


LUARAN


(PELUANG)

1. Pasaran luas
2. Mudah disesuaikan
dengan makanan
tempatan.
3. Konsep makanan
segera diterima.

Menggunakan strategik pertumbuhan untuk:
a. merebut pasaran
luas
b. meningkatkan atau
barangan.
c. menambahkan
pengeluaran produk
untuk penambahan
keuntungan

Menggunakan strategik pengukuhan dan perkembangan untuk:
a. kekalkan prestasi
khususnya falsafah
murni QSCV
b. elak kejatuhan
c. tingkatkan promosi
d. struktur semula
konsep perniagaan
seperti gabugan dan
usaha jika perlu.
(ANCAMAN)

1. Bersaing dengan
makanan tempatan
2. mencapai tahap
kematangan.





Menggunakan strategik
pempelbagaian untuk:
a. pelbagaikan jenis
pengeluaran produk
konsentrik.
b. perkembangkan
produk sampingan
lain
c. tinkatkan promosi.

Menggunakan stretegik campuran untuk:
a. menonjolkan kelebihan
dan keistimewaan
produk McDonald
berbanding dengan
makanan tempatan.
b.promosikan kejayaan di
negara lain.


Rajah 1. SWOT Analisis
2. Sebelum McDonald memasuki pasaran Eropah, hanya segelintir orang saja yang percaya bahawa makanan segera boleh berjaya di Eropah. Mengapakah menurut pendapat anda Mc Donald berjaya? Apakah strategik yang diikutinya? Bagaimanakah ini berbeza daripada strateginya di Asia?

(a) Pada pendapat saya, McDonald berjaya memperkembangkan perniagaannya di pasaran Eropah kerana:
i. Ia menggunakan strategik bersaing yang sama baik di Amerika Syarikat mahupun di negara-negara Eropah.
ii. McDonald memegang teguh kepada falsafahnya iaitu menawarkan makanan berkualiti tinggi dan berharga sederhana yang dihidangkan dengan segera dalam persekitaran yang bersih. Tambahan pula, cogan kata perniagaannya yang ringkas, bermakna dan mencucuk hati pengguna iaitu “kualiti, khidmat, kebersihan dan nilai (Q, S, C & V)” memberi impak positif ke atas penjualan makanan segera. Ciri-ciri makanan segera McDonald yang pantas, perkhidmatan berasaskan keluarga, kebersihan, dan nilai merupakan punca kejayaan utama McDonald.
iii. Piawaian yang tinggi dikenakan kepada sistem franchise. Contohnya Perancis dibatalkan francais kerana gagal menepati piawai yang ditetapkan iaitu tidak menyediakan perkhidmatan yang pantas dan persekitaran yang bersih walaupun francais tersebut memberi keuntungan yang tinggi. Sistem kawalan yang ketat ke atas piawaian sekaligus mempertahankan nama baik McDonald di pasaran Eropah khasnya dan dunia amnya.
iv. McDonald pandai mengambil peluang atau tuntutan persekitaran dan kehendak hati pengguna Eropah dengan menjual minuman tambahan seperti bir di Jerman dan wain di Perancis. Hidangan minuman keras sebagai proses strategi pempelbagaian berjaya mencapai kejayaan.





(b) Strategi Pertumbuhan, Pempelbagaian, Pengukuhan serta Perkembangan telah dilaksanakan oleh McDonald di Eropah mengikut kesesuaian persekitaran tempatan dan kelihatan semua strategik tersebut telah berjaya memperoleh penghasilan yang menggalakkan.


(c) Strategi di Eropah berbeza dengan strategik di Asia, khususnya Jepun.
i. Pasaran di Eropah tidak menghadapi ancaman yang sama seperti Jepun yang mana di Jepun, ancaman utama adalah makanan ringan seperti kuih muih dan “sushi segera”. Ancaman makanan ringan tersebut telah mendorong McDonald mengubah saiz hamburger yang kecil supaya setanding atau setaraf sebagai makanan ringan sahaja. Di Eropah, minuman keras seperti bir dan wain dihidangkan manakala di Jepun, mi ditawarkan mengikut kehendak persekitaran yang berbeza.
ii. Di Eropah dan Amerika Selatan, umumnya kebanyakan restoran dikendalikan oleh syarikat atau berbentuk francais (meskipun terdapat banyak gabungan- usahasama-di Perancis). Akan tetapi di Asia, banyak restoran dijalankan secara usahasama dengan pengusaha tempatan sehingga ada yang memiliki 50 peratus atau lebih saham perniagaan. Di sini, jelasnya strategi campuran diperkenalkan oleh McDonald di Asia sebagai tambahan kepada strategik pertumbuhan dan pempelbagaian untuk menyesuaikan tuntutan persekitaran tempatan yang tidak berminat kepada sistem francais.








3. Apakah falsafah asas McDonald? Bagaimanakah ia menguatkuasakan falsafah ini dan menyesuaikan dengan persekitaran yang berlainan?

(a) Falsafah asas McDonald ialah dengan mengekalkan prinsip (QSCV) dengan menawarkan makanan berkualiti tinggi dan berharga sederhana yang dihidangkan dengan segera dalam persekitaran yang bersih.(b) McDonald berpegang teguh kepada falsafahnya walaupun menghadapi persekitaran yang berlainan. Contoh yang jelas ialah pembatalan francais di Perancis yang gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang pantas dan bersih. Falsafahnya tidak berubah walaupun terdapat sistem perniagaan yang berbeza di Eropah dan Asia sama ada pengendalian secara francais atau usahasama.McDonald mementingkan prinsip dan falsafahnya walaupun kelangsungan hidup perniagaannya berlandaskan kepada keuntungan