Wednesday, October 26, 2011

PENGORBANAN YANG DILUPAKAN

PASUKAN POLIS MARIN TINGGAL SEJARAH.......KESIANNNNN

Ke mana arah dituju.... siapa pemusnah ...pegawai dan anggota seperti anak ayam kehilangan ibu... siapa akan membela nasib mereka...fikir-fikirkanlah jasa dan budi mereka janganlah habis madu sepah dibuang. mereka hanya mahir di laut bukan menjadi alat tambahan penyelesaian jenayah di darat...fikirkanlah....

Sunday, October 16, 2011

DEFINASI MAT REMPIT

Definisi Mat Rempit
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan , pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi . Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit . Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit . Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.


Aksi baru dari Mat Rempit...


Akibat Merempit

Saturday, October 1, 2011

MELAYU VS MELAYU

Ke mana arah yang hendak dituju oleh orang Melayu? Apakah yang mereka cari? Adakah perjuangan bukan melayu sama dengan perjuangan Melayu? Adakah islam sentiasa bersama orang Melayu?Di manakah berakhirnya.



Ke manakah arah yang hendak dituju oleh orang Melayu, ke timur atau ke barat, utara atau selatan , ke bumi atau ke langit atau Melayu akan hilang di bumi Malaysia, hilang kuasa, hilang martabat, hilang segalanya maruah dan harga diri. PAS rata-rata Melayu, PKR rata-rata Melayu, Umno sememangnya Parti Melayu.



Anwar hilang harga diri bila dibogelkan oleh orang Melayu sendiri, banyak kes-kes yang memalukan yang diperkatakan dibuat oleh dirinya sendiri dan ada juga yang mengatakan ianya satu fitnahan. Pokoknya bertujuan untuk memalukan saudara anwar dan tidak membenarkan Anwar berkuasa untuk menjadi Perdana Menteri. Rata-rata Mahathir, Pak lah dan Najib memburukkan Anwar dan memaksa masyarakat dan rakyat membenci Anwar...ini lah yang dikatakan Melayu VS Melayu.



Keburukan Anwar dan memburukkan Anwar menjadikan dalam diam masyarakat Cina VS Cina menaikkan DR. Chua Soi Lek menjadi presiden MCA dengan mempromosikan filem lucahnya dan dapat menumbangkan mantan presiden MCA yang tidak mempunyai sebarang filem untuk ditayangkan....itulah hakikatnya Melayu menjadi layu, menjadi lalai, akibat terlalu banyak membicarakan dan menonton filem lucah.



Melayu lupa sehingga Namaweee yang mengutuk bangsa Melayu VS Melayu menyokong pulak filem Nasi Lemak 2.0 yang tak lari jauh dengan Bersih 2.0 walaupun dia menafikannya tidak ada kena mengena. Melayu VS Melayu sudah lupa Namawee sangat sudah terlalu lupa untuk meminta maaf kepada Masyarakat Melayu dan masyarakat Najib dengan satu Malaysianya untuk meminta maaf atau sengaja membiarkan agar menjadikannya lebih popular lagi dengan nasi lemak PRU 13 nya nanti jika BN tidak dapat mempertahankannya kerana asyik menonton filem-filem Anwar yang sangat panas ini dan juga filem filem terbaru yang akan ditayangkan oleh kerabat-kerabat Anwar semasa zaman kemeriahannya dulu untuk melekakan Melayu agar meneruskan Melayu VS Melayu.



Kalau saya katakan Anwar Pejuang Bangsa Melayu mesti semua orang marahkan saya.....betul tak...kerana Anwar tidak layak jadi pejuang katanya Anwar pengkhianat bangsa sendiri, kuat seks, perasuah, skandal. ok lah..maafkan saya tapi berilah peluang kepada saya untuk mengatakan yang pak Anwar ni pejuang juga.....kalau tidak takkan dia menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu masa dahulu..memang mahathir yang bina jambatan Pulau Pinang, Menara Daya Bumi, Lebuh Raya Utara Selatan dan banyak lagi tentu semuanya ada kena mengena dengan Anwar.... itulah yang saya katakan Anwar seorang pejuang.... hanya pada suatu masa...



Melayu VS Melayu ...Hoi Anwar lah pejuang sebenar!! lah bodoh fikirlah betul-betul jangan ikut cakap orang, jangan ikut cakap Harakah, jangan ikut cakap Berita Harian, Utusan, Sinar, ke NST ke ....Kata Nabil LUUU FIKIR LAH SENDIRI...kalau tidak ada Anwar tak de lah modal berkempen... tak de lah tertubuhnya SPRM, tak de lah SATU MALAYSIA. Sekarang ni pasal Anwar mana berani orang UMNO nak makan rasuah, MCA nak makan rasuah, MIC nak makan rasuah gila-gila semua kecut walaupun ada dua tiga orang menteri yang masih berani dan kantoi kena cekup skandal sana sini baik PAS, MCA,DAP dan UMNO. Sekarang ni bangunan takkan runtuh lagi macam Tighland Tower baru hujan seminggu je dah runtuh bangunan, Stadium Terengganu runtuh juga, Sekolah Berasrama runtuh juga sebab hujan...kat amerika kapal terbang langgar baru runtuh...apa lah lu JKR...Apalah lu SAMY...tarak chek ka....jangan saman saya...namawee lagi teruk kutuk negara,kutuk bangsa Melayu, kutuk TNB lagi ...kutuk Polis lagi masih tak kena saman....Melayu VS Melayu seperti Datuk Naz dan Datuk Naj masih pelihara dengan baik budak ni...wah..wah katanya dah kaya dengan pungutan hasil filem modal melayu nasi lemak tu....dan banyak pulak pelakon melayu bodoh yang ikut cakap budak kurang ajar ni dengan bayaran tak seberapa ...macam kebulur sangat nak mampus takut tak dapat belakon...kadang-kadang kesian juga nak cakap macan ni kat uuuuu Orang..mana kata u belakon untuk negara bangsa dan tanah air uluk rm 2000.00 sorang dan kena arah dengan budak kurang ajar ni...kata sayu datuk tu...hang BENGONGGG APA....he...he...




Melayu VS Melayu ...kena sedarlah sikit sudah-sudah lah menonton filem melayu tu... jangan asyik menghentam Anwar carilah cara lain nak jaga bangsa kita ni....keja lain tak de semua YB YB YB kalau kempen asik jual negara, jual bangsa, jual tanah, janji macam-macam lah..kalau sokong bagi kuil besar-besar padahal tukang sembahyangnya sikit je jumlah penduduk baru seratus tak sampai...apalah YB ni..Cuba guna ayat ini kalau berkempen..." Rakyat hendaklah bersama-sama menyokong kerajaan kerana kita telah hidup dengan aman selama ini, banyak kemudahan telah kita sediakan, banyak peluang pekerjaan dan pendidikan telah disediakan, bentuk akhlak dan pendidikan kepada anak-anak serta keluarga, kerjalah rajin=rajin agar dapat rezeki yang banyak dan betul'.



Melayu VS Melayu cari lah isu lain jangan cari pasal lah dan jadi isteri-isteri wakil rakyat, isteri menteri-menteri janganlah berlagak, pakai mahal-mahal macam dah nak mampus sangat dressing berjuta-juta, rantai mas, cincin berlian...dah tu betul ke tak betul dah jadi isu orang nak hentam...jagalah kerjaya laki...hangpa bini-bini jaga lah penampilan, jangan lah lebih-lebih.



Jadikan lah MelayuVS Melayu Anwar tu sebagai sempadan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Hentikan hentam sana sini bersatulah Melayu VS Melayu.......Kita ramai.....UMNO + PAS + PKR dan lain-lain dah kuat tu untuk jaga bangsa kita...jangan leka dan lalai asyik cari harta dunia yang tidak akan di bawa mati...Orang Islam jangan bergaduh kerana kita akan berjumpa di akhirat nanti tidak bagi orang bukan islam yang hanya berada di padang mashyar untuk hari perhitungan dan seterusnya ke neraka sekiranta tidak sempat mendapat hidayah. Maafkan saya n jumpa lagi.

Tuesday, February 22, 2011

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN MEMBACA DIKALANGAN PELAJAR
MELAYU : SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI KOTA PUTERI MASAI,
JOHOR BAHRU, JOHOR.








LAPORAN AKHIR KAJIAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN




FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA



2010
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada semua peringkat masyarakat di negara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah yang diutarakan tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum nampak sebarang penyelesaian berkesan dilakukan terhadapnya. Mungkin kita tidak nampak isu dan masalah yang sebenar berkaitan dengan ilmu, pengajaran dan pembelajaran membaca. Salah satu masalah yang kita akui sebagai yang paling serius ialah kurangnya minat dan tabiat membaca dan ini berlaku dikalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Kerajaan dan pelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca. Perkara ini sentiasa dipandang serius oleh semua pihak kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara membangun yang rakyatnya mesti boleh dan dapat bertanding dalam semua aspek kehidupan dengan negara lain.
Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum dan silibus pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah, Malangnya isu dan masalah yang sama dibangkitkan setiap tahun.
Setiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam bilik darjah sama ada di sekolah rendah, menengah atau di intitusi pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai satu pengajaran ilmu yang baru yang dapat diterima oleh pelajar. Kita berusaha mengajar dengan gigih supaya pelajar dapat menerima apa yang diajar itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil pengalaman pembacaan itu untuk tujuan yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan elemen-elemen proses membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada pelajar. Ini kerap berlaku kerana ada banyak kekangan keadaan dan halangan yang berlaku proses mengajar membaca. Ilmu membaca perlu dititikberatkan bukannya proses membaca.

Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak tahu yang ianya wujud. Proses pengajaran membaca di dalam bilik darjah adalah refleksi kepada amalan bagaimana buku harus dibaca di sekolah semasa guru mempelarainya di sekolah dahulu. Amalan pengajaran ini telah menyebabkan guru bertindak dengan mengajar secara teknikal tanpa berani membuat keputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannya. Untuk mengelakkan guru daripada menjadi sebagai seorang juruteknik membaca, mereka harus boleh dan tahu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan sendiri berpandukan kepada apa yang ada di hadapan mereka (pelajar, bahan, tujuan, kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan berbuat demikian adalah satu langkah ke arah menjadi seorang guru membaca yang profesional. Guru membaca yang sebenar ialah mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu membaca dan ilmu pengajaran membaca (yang dimaksudkan di sini ialah semua guru dan tidak terhad kepada guru yang mengajar subjek bahasa sahaja).

Sebagai satu contoh ilmu membaca yang dimaksudkan ialah apabila kita membaca kita perlu tahu bahawa tujuan penulis menulis teks ialah untuk berkongsi maklumat dengan pembacanya dan pembaca pula akan membentuk semula isi teks supaya mereka dapat menerima dan memahami maklumatnya. Pada asasnya untuk mendapatkan maklumat daripada teks pembaca harus boleh mengecam, menggunakan dan mencantumkan petanda dan petunjuk yang disediakan oleh penulis dengan maklumat daripada pengalaman lalu tentang tajuk yang dibacanya dan dengan pengetahuan tentang proses membaca. Pembaca juga harus boleh membuat inferen kepada makna yang dibuat oleh penulis.

Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai sikap negatif terhadap peroses pembelajaran dan bahan yang dibacanya itu. Sikap positif terhadap membaca banyak bergantung pada pelajar mempunyai kesedaran metakognitif tentang konsep seperti: a) "Apakah itu membaca?" dan b) tentang penyertaan mereka dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialah mewujudkan satu suasana keliling yang literal yang membolehkan pelajar membina konsep yang tepat dan perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Menyeru dan menyuruh pelajar membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang minima, yang pentingnya ialah penyertaan dalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan.


1.2 Latarbelakang

Matlamat membaca ialah untuk membolehkan palajar memahami mesej di dalam teks. Keupayaan untuk memahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman latar yang ada pada pelajar tentang tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila kita mengajar membaca tumpuan kita ialah pelajar. Tujuan guru biasanya untuk membolehkan pembaca mengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya tetapi pengajaran begini tidak menjamin pelajar tahu bagaimana maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang berbeza. Ini berlaku kerana guru kurang peka dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana maklumat dapat diterbitkan dari teks.

Semua Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan KLINIK MEMBACA. Cara pembacaan diajar iaitu cara membaca yang berkesan dengan mengetahui kepentingan bahagian-bahagian buku. Di kebanyakkan sekolah-sekolah kebangsaan masalah membaca dengan intonasi, gaya dan sebutan yang betul dan membaca dengan baik telah menjadi suatu masalah yang agak serius. Hal ini telah memberi kesan yang nagetif terhadap keputusan Ujian penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) yang agak merosot sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang dikenalpasti ialah masalah pembacaan yang tidak berintonasi, gaya dan juga sebutan. Masalah ini timbul disebabkan pelajar kurang faham tentang fungsi tanda baca yang sesuai pada tempatnya semasa membaca. Selain itu murid yang membaca dalam hati tanpa mengeluarkan suara telah menghadapi masalah pembacaan yang tidak berintonasi , tidak mengikut gaya dan juga sebutan tidak betul. Ini diikuti pula sifat leka dan tidak berkeyakinan diri juga menimbulkan masalah pembacaan yang tidak berintonasi. Guru yang tidak menunjukkan gaya penyampaian bacaan yang berintonasi juga menimbulkan masalah ini.

Keadaan ini mengakibatkan para murid juga tidak begitu berminat untuk meluangkan masa untuk membaca bahan-bahan bacaan, mahupun dari Pusat Sumber Sekolah (PSS) atau di rumah mereka. Apa yang menyedihkan adalah masalah ini masih ada pada murid-murid tahap satu. Bagi tahap dua pula murid-murid ini kurang membaca, maka mereka ini kurang membaca bahan-bahan dari PSS. Oleh kerana mereka kurang membaca, maka mereka menghadapi masalah semasa menulis karangan kerana kurangnya isi-isi penting.

Para pendidik pula sering mengaturkan beberapa langkah yang positif untuk menyelesaikan masalah membaca dengan intonasi yang betul. Oleh itu , murid-murid perlu didedahkan dengan teknik membaca yang betul agar mereka mendapat input yang banyak iaitu dengan teknik bacaan intonasi, gaya dan sebutan yang betul. Dengan teknik bacaan ini murid-murid akan dapat membaiki kelancaran membaca dan dapat mengatasi kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
1.3 Pernyataan Masalah
Isu yang sering diperkatakan dalam kalangan pelajar sekolah ini, ialah sikap pelajar yang tidak mahu membaca. Kesannya perkembangan kemahiran menulis karangan dan bertutur pelajar lemah. Kegagalan membaca dengan teliti juga menyebabkan soalan-soalan pemahaman tidak dijawab dengan tepat. Hasil daripada rumusan yang dibuat oleh guru-guru di sekolah ini, kurang menguasai kemahiran membaca dan memahami isi-isi penting sesuatu petikan atau wacana, menyebabkan pelajar-pelajar lemah menghasilkan sebuah penulisan yang bermutu. Keadaan ini, perlulah diberi perhatian dalam amalan pengajaran guru supaya pelajar menjadi lebih peka, dan minat untuk terus membaca dengan memahami isi-isi penting, serta menghasilkan sebuah penulisan yang menepati tajuk soalan.

Membaca amatlah penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kepentingan membaca telah dinyatakan dengan jelas dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu;
1.3.1 membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat
membuat tafsiran , penilaian dan rumusan yang wajar.
1.3.2 Membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera dan ilmiah.Diharapkan melalui kajian ini, dapat membantu guru-guru;
1.3.3 Mmempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya pelajar- pelajar tidak bosan dengan pengajaran yang sama setiap masa.
1.3.4 Menarik minat pelajar yang kemungkinan selama ini tidak berminat dalam pelajaran bahasa.
1.3.5 Membetulkan persepsi pelajar yang menganggap salama ini bacaan dan pemahaman adalah sesuatu yang membosankan dan tidak perlu dipelajari.

Jadi dalam kajian tindakan ini, saya cuba melihat sejauh mana pengajaran kemahiran membaca dapat meningkatkan pemahaman teks, melalui penggunaan teks terpilih dan penggunaan teknik pengajaran yang dicadangkan, agar pelajar-pelajar lebih berminat, serta terangsang untuk menguasai kecekapan-kecekapan dalam berbahasa.

Berdasarkan daripada masalah yang dinyatakan di atas, pengkaji telah pun memfokuskan kes kajian ini kepada aspek mengenal pasti faktor-faktor kelemahan membaca dikalangan pelajar melayu tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Masai, johor Bahru, Johor. Di sekolah ini terdapat seramai 240 pelajar yang lemah membaca dan untuk tahun 4 di sekolah ini terdapat lebih kurang 52 orang murid tidak tahu membaca dan juga lemah membaca. Kajian rintis dijalankan terhadap pelajar ini dilakukan berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan yang telah dijalankan terhadap pelajar ini dan mendapati ramai di antara mereka yang gagal dan tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Markah yang diperolehi tidak menepati kehendak keperluan lulus peperiksaan dan ini bukan sahaja kepada mata pelajaran bahasa melayu malah kepada mata pelajaran lain seperti sains, matematik dan juga bahasa inggeris.Ini dapat dilihat dalam Ujian pengesanan prestasi murid (UPPM) Bahasa Melayu Kefahaman tahun 4 yang dijalankan pada bulan Mei seperti di lampiran A. Tahap pencapaian murid-murid tahun 4 dalam ujian tersebut adalah rendah. Hanya 40% sahaja murid yang dapat lulus. Selebihnya sebanyak 60% tidak lulus. Bahasa Melayu kefahaman memerlukan kefahaman teks yang dibaca. Kemahiran berintonasi, gaya, dan sebutan yang betul adalah amatpenting. Namun masalah ini masih berterusan sehingga kini.

1.4 Persoalan Kajian

Tanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yang diajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidak mencukupi banyak lagi tugas dan tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar proses pengajaran. Tugas guru bukannya mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guru harus boleh lakukan sungguhpun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu.

Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorang guru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini bererti setiap guru mata pelajaran juga harus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teks digunakan sebagai rujukan atau untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajar betul-betul berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuh perhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu penting, yang penting ialah menjawab soalan kefahaman, lalu kita akan bertanya tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima oleh guru dalam bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarang pendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru mata pelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses pendidikan guru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah pun menerima pendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Dengan ilmu yang ada mereka berupaya memberi penjelasan dan penerangan yang betul kepada soalan-soalan seperti ini:
a. Apakah definisi membaca?
b. Apakah faktor yang mempengaruhi membaca?
c. Bagaimana proses membaca itu berlaku?
d. Apakah erti kefahaman dalam pembacaan dan perbezaannya dengan proses membaca?
e. Apakah kemahiran dan strategi yang perlu diajar bagi pelajar yang mempunyai latar belakang, kebolehan, pengetahuan, dan matlamat membaca yang berbeza?

Oleh yang demikian persoalan kajian dapat dinyatakan seperti berikut:-
1. Adakah kelemahan pelajar itu sendiri menyebabkan mereka lemah membaca.
2.Adakah faktor keluarga menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
3. Adakah faktor guru menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar melayu.
4. Adakah faktor kesihatan pelajar itu memyebabkan kelemahan membaca dan,
5. Adakah faktor tempat belajar menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.

1.5 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri Masai, Johor Bahru, Johor., objektif kajian adalah seperti digariskan di bawah:

1.5.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
1.5.2 Untuk menilai faktor manakah yang menjadi penyebab utama punca kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
1.5.3 Mengenalpasti kaedah yang paling berkesan di dalam mengatasi kelemahan- kelemahan membaca dikalangan pelajar Melayu.
1.5.4 Untuk menilai faktor kesihatan dan juga faktor persekitaran sekolah yang boleh menyebabkan beberapa objektif pengajaran membaca tidak dapat dicapai.

1.6 Batasan Kajian

Penyelidik tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah kajian kerana keputusannya mungkin tidak dapat memberi penyelesaian kepada semua masalah yang berkaitan dengan kelemahan membaca. Oleh itu kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik ini adalah tertakluk kepada beberapa batasan atau had dan masalah tertentu. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Masai Johor. Responden adalah terdiri daripada pelajar tahun 4 yang dipilih secara rawak daripada murid yang mempunyai masalah dan kelemahan membaca dan bidang kajian ini adalah mencari faktor penyebab kelemaham membaca dikalangan pelajar Melayu di sekolah itu sahaja.

1.7 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian mengenai faktor-faktor kelemahan membaca dikalangan pelajar melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri Masai Johor Bahru, Johor akan dijadikan sebagai garis panduan oleh pihak jabatan pendidikan daerah Johor Bahru dalam meningkatkan lagi keputusan peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar negeri johor.

1.7.1 Hasil kajian juga boleh digunakan sebagai pelan tindakan bagi mengatasi kelemahan pelajar-pelajar di dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga mata pelajaran lain.

1.7.2 Kajian ini juga penting bagi menaikkan peratus kelulusan dalam Bahasa Melayu dan seterusnya akan menaikkan nama sekolah.

1.7.2 Kajian ini juga akan memudahkan pihak sekolah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dikalangan pelajar. Mengenai masalah pembacaan.

1.7.3 Kajian ini diharapkan akan menjadi dorongan bagi kajian akan datang dalam kontek lebih meluas.

1.8 Skop Kajian

Kajian akan dilakukan ke atas pelajar tahun 4 yang mempunyai kelemahan membaca dengan memilih melalui markah yang diperolehi daripada peperiksaan tahunan bagi tiga tahun kebelakangan ini dari beberapa buah kelas yang terdapat di Kebangsaan Seri Kota Puteri Masai, Johor Bahru, Johor
Seramai 52 orang pelajar akan diambil sebagai responden untuk mendapatkan data kajian ini termasuk mendapatkan latar belakang kehidupan mereka dan pengkaji akan meneliti kedudukan demografi pelajar dan juga keluarganya termasuk pendapatan keluarga dan isi rumah, bilangan keluarga dan tanggungan, tempat kediaman dan juga persekitaran tempat tinggal.

Data-data sekunder mengenai keputusan peperiksaan pelajar di sekolah ini juga akan diperolehi daripada setiausaha unit kurikulum dan pihak berkenaan bagi membantu di dalam membuat analisa kajian ini selanjutnya.

1.9 Penutup

Dalam bab ini penulis telah membincangkan mengenai pengenalan tajuk kapada kajian iaitu ‘ Faktor-faktor Kelemahan Membaca Dikalangan Pelajar Melayu : Satu Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Masai Johor Bahru, Johor. Penyelidik telah memasukkan serba sedikit latarbelakang kawasan kajian dan juga serba ringkas mengenai permasalahan murid di sekolah tersebut. Penyelidik juga telah mengupas mengenai pernyataan masalah dan persoalan kajian. Di dalam bab ini penulis telah menetapkan empat objektif kajian untuk dicapai dan seterusnya mengharapkan agar kajian ini akan memberikan faedah kepada semua pihak.
KAJIAN KES PENGURUSAN STRATEGIK

Kes McDonald’s: Menghidangkan Makanan Segera di Serata Dunia

1. Apakah peluang dan ancaman yang dihadapi oleh McDonald? Bagaimanakah ia mengatasinya? Apakah alternatif yang dapat dipilihnya?

Faktor luaran memberi peluang dan ancaman kepada McDonald dalam melaksanakan perniagaannya. McDonald mempunyai banyak peluang di dalam memperkembangkan perniagaannya, di mana ia mempunyai pasaran yang amat luas di Eropah, Amerika dan juga di Asia. Makanan yang dihidangkan oleh McDonald amat sesuai dengan makanan tempatan. Konsep makanan segera yang di buat oleh McDonald dapat diterima oleh semua masyarakat di negara pasarannya.

Namun terdapat juga beberapa ancaman yang harus dihadapi oleh McDonald iaitu ia terpaksa bersaing dengan pembekal makanan tempatan yang juga mendapat tempat dihati penduduk tempatan seperti makanan Jepun ’ sushi segera’ dan kuih muih tradisional tempatan. Pada masa yang sama McDonald juga menghadapi tahap kematangan setelah sekian lama berada ditahap perkembangan yang akan menjadikan permintaan makanan keluarannya akan berkurangan dan harus memastikan dan berusaha mengekalkan prestasi semasa serta mengelakkan kejatuhan ketahap penurunan.

Di dalam menggunakan peluang dan menghadapi ancaman McDonal mempunyai kekuatan tersendiri untuk mencapai kadar keuntungan yang tinggi. Kekuatan dalaman yang ada dimiliki oleh McDonald seperti kualiti barangannya yang terjamin, latihan melalui Universiti Burger yang dimilikinya, harga rendah dengan barangan yang berkualiti, makanan dengan citarasa keluarga, jenama kekal seluruh dunia dengan konsep restoran yang seragam, memelihara makanan tradisi dan mudah mendapat bahan mentah merupakan cara McDonal mengatasi masalah dan ancamannya.

Kekuatan dalaman digunakan untuk merebut peluang yang ada dengan menggunakan stretegik ’SO’ iaitu merebut peluang pasaran yang luas, meningkatkan pengeluaran barangan makanan ciptaannya dan menambahkan produk-produk baru untuk memaksimakan keuntungannya.

Kekuatan dalaman juga digunakan untuk mengatasi ancaman yang dihadapi, McDonald menggunakan stretegik ’ST’ iaitu mempelbagaikan jenis pengeluaran produk konsentrik untuk bersaing dengan makanan tempatan, memperkembangkan produk sampingan lain dan mempertingkatkan promosi jualan barangannya.Kekuatan dalaman juga digunakan untuk mengatasi ancaman kematangan.

McDonald juga mempunyai kelemahan di dalam perniagaannya dan di dalam kajian ini mendapati suatu kelemahan yang dimiliki oleh McDonal adalah mempunyai suatu standard piawaian yang sangat tinggi, namun untuk mengatasi kelemahan ini stretegik ’WO’ telah digunakan iaitu menggunakan stretegi pengukuhan ini dengan mengekalkan prestasi khusus falsafah murninya iaitu kualiti, khidmat, bersih dan nilai (QSCV). McDonald juga memperkukuhkan perniagaannya untuk mengelak dari kejatuhan, meningkatkan promosi dan cuba mengstrukturkan semula konsep perniagaannya dengan membuat beberapa gabunbgan dan usaha sama jika perlu.

Seterusnya di dalam menghadapi kelemahan piawaian yang tinggi ini McDonald juga menggunakan pendekatan stretegik ’WT’ dengan menonjolkan kelebihan dan keistimewaan produk makanan McDonald dengan makanan tempatan yang lain secara mengekalkan resepinya yang tersendiri.McDonald juga menggunakan stretegik ini dengan membuat promosi kejayaannya di negara-negara lain.

Secara ringkasnya beberapa alternatif yang telah dipilih oleh McDonald di dalam kelangsungan perniagaannya adalah seperti berikut:-

i. SO: Kekuatan (Strength-S) untuk merebut Peluang (Opportunity-O).
ii. ST: Kekuatan (S) untuk mengatasi ancaman (Threat-T).
iii. WO: Kelemahan (Witness-W) diperbaiki untuk mengambil peluang (O).
iv. WT: Kelemahan (W) dikurangkan untuk mengelak ancaman (T).

Rajah 1.
SWOT Analisis menerangkan secara ringkas bagaimana McDonald cuba mengekalkan perniagaannya dengan menggunakan kekuatan dalam merebut peluang dan menghadapi ancaman dengan beberapa alternatif stretegik seperti yang tersebut di atas.







DALAMAN




(KEKUATAN)

1. Kualiti barangan
terjamin
2. Latihan melalui
Universiti Burger
3. Harga rendah
berkualiti.
4. Makanan keluarga
5. Jenama kekal
6. Konsep restoran
yang seragam
7. memelihara
makanan tradisi
8. mudah mendapat
bahan mentah
(KELEMAHAN)

Piawaian yang tinggi.


LUARAN


(PELUANG)

1. Pasaran luas
2. Mudah disesuaikan
dengan makanan
tempatan.
3. Konsep makanan
segera diterima.

Menggunakan strategik pertumbuhan untuk:
a. merebut pasaran
luas
b. meningkatkan atau
barangan.
c. menambahkan
pengeluaran produk
untuk penambahan
keuntungan

Menggunakan strategik pengukuhan dan perkembangan untuk:
a. kekalkan prestasi
khususnya falsafah
murni QSCV
b. elak kejatuhan
c. tingkatkan promosi
d. struktur semula
konsep perniagaan
seperti gabugan dan
usaha jika perlu.
(ANCAMAN)

1. Bersaing dengan
makanan tempatan
2. mencapai tahap
kematangan.





Menggunakan strategik
pempelbagaian untuk:
a. pelbagaikan jenis
pengeluaran produk
konsentrik.
b. perkembangkan
produk sampingan
lain
c. tinkatkan promosi.

Menggunakan stretegik campuran untuk:
a. menonjolkan kelebihan
dan keistimewaan
produk McDonald
berbanding dengan
makanan tempatan.
b.promosikan kejayaan di
negara lain.


Rajah 1. SWOT Analisis
2. Sebelum McDonald memasuki pasaran Eropah, hanya segelintir orang saja yang percaya bahawa makanan segera boleh berjaya di Eropah. Mengapakah menurut pendapat anda Mc Donald berjaya? Apakah strategik yang diikutinya? Bagaimanakah ini berbeza daripada strateginya di Asia?

(a) Pada pendapat saya, McDonald berjaya memperkembangkan perniagaannya di pasaran Eropah kerana:
i. Ia menggunakan strategik bersaing yang sama baik di Amerika Syarikat mahupun di negara-negara Eropah.
ii. McDonald memegang teguh kepada falsafahnya iaitu menawarkan makanan berkualiti tinggi dan berharga sederhana yang dihidangkan dengan segera dalam persekitaran yang bersih. Tambahan pula, cogan kata perniagaannya yang ringkas, bermakna dan mencucuk hati pengguna iaitu “kualiti, khidmat, kebersihan dan nilai (Q, S, C & V)” memberi impak positif ke atas penjualan makanan segera. Ciri-ciri makanan segera McDonald yang pantas, perkhidmatan berasaskan keluarga, kebersihan, dan nilai merupakan punca kejayaan utama McDonald.
iii. Piawaian yang tinggi dikenakan kepada sistem franchise. Contohnya Perancis dibatalkan francais kerana gagal menepati piawai yang ditetapkan iaitu tidak menyediakan perkhidmatan yang pantas dan persekitaran yang bersih walaupun francais tersebut memberi keuntungan yang tinggi. Sistem kawalan yang ketat ke atas piawaian sekaligus mempertahankan nama baik McDonald di pasaran Eropah khasnya dan dunia amnya.
iv. McDonald pandai mengambil peluang atau tuntutan persekitaran dan kehendak hati pengguna Eropah dengan menjual minuman tambahan seperti bir di Jerman dan wain di Perancis. Hidangan minuman keras sebagai proses strategi pempelbagaian berjaya mencapai kejayaan.





(b) Strategi Pertumbuhan, Pempelbagaian, Pengukuhan serta Perkembangan telah dilaksanakan oleh McDonald di Eropah mengikut kesesuaian persekitaran tempatan dan kelihatan semua strategik tersebut telah berjaya memperoleh penghasilan yang menggalakkan.


(c) Strategi di Eropah berbeza dengan strategik di Asia, khususnya Jepun.
i. Pasaran di Eropah tidak menghadapi ancaman yang sama seperti Jepun yang mana di Jepun, ancaman utama adalah makanan ringan seperti kuih muih dan “sushi segera”. Ancaman makanan ringan tersebut telah mendorong McDonald mengubah saiz hamburger yang kecil supaya setanding atau setaraf sebagai makanan ringan sahaja. Di Eropah, minuman keras seperti bir dan wain dihidangkan manakala di Jepun, mi ditawarkan mengikut kehendak persekitaran yang berbeza.
ii. Di Eropah dan Amerika Selatan, umumnya kebanyakan restoran dikendalikan oleh syarikat atau berbentuk francais (meskipun terdapat banyak gabungan- usahasama-di Perancis). Akan tetapi di Asia, banyak restoran dijalankan secara usahasama dengan pengusaha tempatan sehingga ada yang memiliki 50 peratus atau lebih saham perniagaan. Di sini, jelasnya strategi campuran diperkenalkan oleh McDonald di Asia sebagai tambahan kepada strategik pertumbuhan dan pempelbagaian untuk menyesuaikan tuntutan persekitaran tempatan yang tidak berminat kepada sistem francais.








3. Apakah falsafah asas McDonald? Bagaimanakah ia menguatkuasakan falsafah ini dan menyesuaikan dengan persekitaran yang berlainan?

(a) Falsafah asas McDonald ialah dengan mengekalkan prinsip (QSCV) dengan menawarkan makanan berkualiti tinggi dan berharga sederhana yang dihidangkan dengan segera dalam persekitaran yang bersih.(b) McDonald berpegang teguh kepada falsafahnya walaupun menghadapi persekitaran yang berlainan. Contoh yang jelas ialah pembatalan francais di Perancis yang gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang pantas dan bersih. Falsafahnya tidak berubah walaupun terdapat sistem perniagaan yang berbeza di Eropah dan Asia sama ada pengendalian secara francais atau usahasama.McDonald mementingkan prinsip dan falsafahnya walaupun kelangsungan hidup perniagaannya berlandaskan kepada keuntungan

Saturday, May 23, 2009

KAMERA PENGINTIP/SPY CAMERA

KAMERA INI BANYAK GUNANYA BAGI KEBAIKKAN PEMILIKNYA



1. BAGI PEGAWAI PENYIASAT MUDA BOLEH MERAKAN TEMPAT /KEJADIAN DAN DISIMPAN UNTUK SEMAKAN PERIBADI SEMASA HADIR PERBICARAAN



2. BAGI MERAKAMKAN PERCAKAPAN SAKSI-SAKSI DAN UNTUK DIDENGAR SEMULA



3. BAGI PEGAWAI CAWANGAN KHAS UNTUK MERAKAM PERGERAKAN SUSPEK DAN JUGA SEBAGAI PENYAMARAN



4. BAGI MENGINTIP ORANG GAJI YANG SELALU PUKUL BABY DI RUMAH



5. DLL



KALAU BERMINAT BOLEH HUBUNGI EMAIL INI: dime652001@gmail.com ATAU 0197536626

HARGA BERPATUTAN DAN BOLEH DIRUNDING

Saturday, May 2, 2009

DIPETIK DARI :PENGHUNI GUA.....UNTUK TATAPAN UMAT ISLAM

rahman,ahchong,muniandy said...
(saya paste dari blog Buaya-Merah)Demi Allah, sebarkan...Melayu Muslim dalam bahayaBERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAHTOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan diKedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orangBanting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada diKedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahruuntuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksatidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernamaFather Chong. Kami diberi layanan istimewa, tem! pat tinggal, makan danminum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasaInggeris.Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu denganseorang paderi besar di Malaysia , dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin HjAhmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing,Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja JalanGasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hinggasekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantarke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orangmati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia..Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpinAgong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristianseluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia , kemudian dilantik sebagaipendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh! kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipinaselama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris danBahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orangFilipina.Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar keSingapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliaujuga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatansetiausha agong Kristian Singapore... Apabila dilantik ke gereja saya masihlagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1, 400.00,bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankanpelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari sayaberasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibr! ahim, Kadi daerahIpohdan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah JabatanAgama dan saya terusbertaubat.Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutamapenduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).Carahendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertalileher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan -Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi,KotaRaya dan Sg Wang Plaza.Cara-cara berdakwah:Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwahakan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil,makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajaksembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberisejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidahmenjadihitam! , tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga haldakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangangereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah , Serawak ,Filipina dan Singapura.Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di PetalingJaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang,ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai PetaniKedah.Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution.Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untukdiberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di IpohSekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajarperempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -le! pasansekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada YusofNoor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebardi akhbar)1982.Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke NibongTebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebakdalam Kristian:1. Desakan hidup2. Kurang agamaBeliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliaumendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepadaKristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. PairinKetinganadalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telahdihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imamdan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepasmesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400orang telah masuk Kristian di Melaka.Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahuFatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masukKristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi kemahkamahdi Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kadpengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan) Beliau beri penerangankepada1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Biladibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,BatuGajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalahberdakwahdidalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat1. Tidak boleh hisap rokok2. Tidak boleh minum arak3... Tidak boleh makan benda! -benda berdarah4. Tidak boleh kahwin.Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia ) bapak Brutoyang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telahdisiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalampada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristianiaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patahtangan.PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "NescayaAllah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara-mara, sahabat-handai dangenerasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!!