Monday, February 2, 2009

Makna Nasionalisma dan Globalisasi

UCAPAN YABHG
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
DI YOUNG ENTERPRENEUR ASSOCIATION
HIMPUNAN PENGUSAHA MUDA INDONESIA (HIPMI)
PADA 4 MAY 2006 DI JAKARTA INDONESIA
-------------------------------

"NASIONALISM DALAM ERA GLOBALISASI"


Assalamualaikum warahmatullahi wabarukatuh


1. Terlebih dahulu saya ingin ucap banyak terima kasih karena jemputan dari
Young Entrepreneur Association, Indonesia untuk menyampaikan pandangan saya
berkenaan nasionalisme dalam era globalisasi.

2. Kita hidup bukan sahaja di zaman Globalisasi tetapi juga di zaman
dunia yang menghadapi ancama keganasan terrorism, ancaman serangan oleh
kuasa besar terhadap negara lemah , ancaman regima change yang diusahakan
oleh kuasa besar jika mereka tidak suka kepada pemerintaha yang ada, sama
ada pemerintahan yang dipilih secara demokratik atau pemerintah diktator;
zaman ancaman ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain. Kita masih berada dalam
zaman Euro-centric, dunia yang berputar di sekeliling Eropah dan bangsa
Eropah.

3. Semua ancaman ini disebabkan negara-negara besar dan kuat utamakan
hanya keselamatan atau sekuriti diri mereka, dagangan mereka, kesejahteraan
hidup rakyat mereka. Bahawa ancaman mereka menjadikan bangsa lain, negara
lain hidup dalam ketakutan, tidak selamat, terdedah kepada serangan terhadap
ekonomi mereka, serangan ketentaraan sehingga negara-negara lemah ditawan
dan ditakluk, kehancuran bandar-bandar, kematian dan kecederaan rakyat tidak
diambil-kira oleh mereka. Yang dipedulikan oleh mereka ini hanyalah
keselamatan diri mereka sahaja, keselamatan bangsa dan negara mereka.
Keutamaan mereka ialah bangsa dan negara mereka. Megutamakan bangsa dan
negara sendiri adalah apa yang dimaksudkan dan ditakrif sebagai
nasionalisme. Ini memaksa negara maju dan kaya masih tebal dengan semangat
nasionalisme mereka.
Tapi di masa yang sama mereka mendakwa dalam dunia global tidak ada tempat
bagi nasionalisme bahkan sempadan yang memisahkan negara-negara. Sempadan
tidak harus menjadi halangan terhadap kemasukan modal asing dan gergai
korporat negara maju.

4. Terdapat disini double standard, piawaian yang berbeda. Sementara
negara yang lemah dikehendaki mengurangkan kepentingan negara sendiri supaya
dunia disatukan bagi mengjayakan konsep globalisasi, negara yang membawa
konsep ini memperkukuhkan sempadan mereka dan mengutamakan pertahanan dan
sekuriti bangsa mereka. Sekarang mereka dakwa mereka berhak mengenakan
undang-undang negara merka diluar wilatah mereka waluapun mereka tahu negara
lemah tidka mungkinberbuat demikian di dalam negara mereka.

5. Sebenarnya nasionalisme masih bermakna dan diperlukan di zaman
globalisasi ini terutama bagi negara yang lemah. Ini adalah oleh karena di
zaman globalisasi, pencerobohan oleh negara asing yang kuat ke atas negara
lemah lebih mungkin berlaku. Kuasa besar secara terbuka menyatakan
kesanggupan mereka untuk pre-emptive strike atau serangan lebih dulu atas
budi bicara mereka, mengadakan regime change di negara-negara yang
diperintah oleh pemerintah yang tidak mahu tunduk kepada mereka,
menghancurkan ekonomi negara tertentu dengan sekatan dagangan, serangan atas
matawang, memaksa nilai hidup dan budaya mereka diterima dan idiology mereka
diamalkan. Semua ini tetap akan menghakis kemerdekaan, kebebasan kedaulatan
negara kita. Hanya dengan memiliki semangat nasionalisme yang tebal sahaja
barulah kita dapat mempertahankan diri kita.

6. Jika kita ingin uji keikhlasan mereka tentang dunia tanpa sempadan
dimana modal boleh melintas masuk mana-mana negara untuk dilabur, untuk
membeli bank-bank, industri dan perniagaan; jika kita ingin uji pendirian
mereka yang sebenar tentang dunia tanpa sepadan, cuba berhijrah ke negara
mereka,
cuba masuk negara mereka walaupun dengan dokumen yang sah.

7. Tanya sahaja kepada orang Mexico apa jadi kepada mereka jika mereka
menyebrangi Rio Grande untuk masuk ke California. Apakah mereka disambut
baik, di benar masuk. Kita tahu mereka ditangkap, dikurung dan dihantar
balik ke Mexico. Inikah dunia tanpa sempadan ?
Modal boleh masuk, penghijrahan manusia masti disekat.

8. Sekarang ini jika orang Islam pergi ke Amerika Serikat dan juga
beberapa negara lain yang mendakwa mereka percaya kepada globalisasi serta
mendukong konsep dunia tanpa sempadan, pelawat Islan akan diperiksa, dihina
dan jika ada sedikit alasan mereka tidak akan dibenar masuk ke negara-negara
ini. Apakah benar mereka berpegang pada dakwaan mereka bahwa sekarang dalam
dunia global maka sempadan tidak lagi boleh menjadi benteng melindungi hak
negara yang bebas, melindungi perniagaan dan ekonomi mereka.

9. Pada teorinya kita juga boleh lakukan sepertimana mereka lakukan
kepada kita. Tapi kita perlu kepada pelawat asing, pelabur asing serta modal
dan expertise mereka. Maka tidaklah dapat kita melayan mereka seperti
mereka layan kita. Walaupun globalisasi akan membuka semua negara tetapi
yang mendapat nikmat dari globalisasi bukanlah kita yang miskin dan daif,
tetapi mereka yang kuat dan kaya. Globlisasi berkemungkinan menjadikan yang
sudah kaya lebih kaya dan yang miskin lebih miskin. Jika kita kaji segala
idea dan ideology yang datang dari negara maju ethnic Eropah, tidak ada
satupun yang pernah menguntungakan negara lemah. Jika kita amalkan, semuanya
akan merugikan kita menjadikan kita lebih lemah, lebih miskin, dan mereka
lebih kuat dan lebih kaya.
Lihat sahajalah pengalaman dagangan matawang. Apakah kita dapat niaga
matawang mereka seperti mereka niagakan matawang kita.

10. Sebenarnya konsep globalisasi dan dunia tanpa sempadan dicipta oleh
negara kaya supaya mereka dapat exploitasi kekayaan negara lain untuk
perkayakan lagi diri mereka. Globalisasi bukanlah perkara baru. Apabila
bangsa Eropa berjaya mengelilingi Cape of Good Hope dan melintasi lautan
Hindi, apabila mereka dapat berlayar ke Asia Timur dan berdagang,
globalisasi sudahpun berlaku. Dagangan mereka yang sebelum 1509 terhad
kepada Eropa saja, telah berkembang ke seluruh dunia. Sebabnya mereka
melintasi Lautan atlantic pada tahun 1492 ialah karena ingin memperluaskan
dagangan mereka ke negara India. Mereka percaya mereka telah sampai ke India
apabila mendarat di tanah besar yang sekarang dikenali sebagai Amerika.
Mereka percaya penduduk-penduduk adalah orang India, Indians. Dengan
kejayaan mengelilingi dunia berdagang dengan penduduk seluruh dunia,
merampas wilayah suku kaum tempatan untuk dijadikan negara untuk mereka,
globalisasi sudah berlaku. Dunia bagi bangsa Eropa tidak lagi terbagi kepada
benua-benua tertentu tetapi menjadi dunia yang satu untuk diexploitasi oleh
ethnic Eropa.

11. Bangsa-bangsa Asia telah lama berdagang sesama sendiri. Pembangunan
Sri Vijaya, Majapahit, Melaka sebagai pelabuhan dan negara yang maju dan
terkenal adalah karena pedagang dari China, india dan negara Arab membawa
barang mereka ke pelabuhan-pelabuhan ini untuk dijual atau ditukar dengan
barang dagangan tempat seperti Spice (rempah-cabai), rotan, kayu wangi
(gaharu), lacquer dan lain-lain.

12. Sejak tahun 200 Masehi negri-negri Melayu di Semenanjung telah
berdagang dengan Cina, Arab dan India tanpa masalah. Demikian juga lain-lain
negara di Asi Tenggara. Dan negara-negara ini tidak diserang dan ditawan,
dijadikan milik negara-negara pedagang asia ini walaupun mereka juga besar
dan kuat.

13. Tetapi pada 1511 selepas hanya dua tahun Portugis sampai ke Melaka,
Melaka diserang dan ditawan oleh mereka. Rupa-rupanya cara dagangan orang
Eropa berbeda dengan cara orang Asia. Merka bukan sahaja ingin membeli dan
menjual, menukar-nukar barangan dagangan tetapi mereka juga sanggup
berperang dan menakluk wilayah rakan dagang mereka untuk menjamin bekalan
barangan dagangan. Dan rakyat mereka mestilah bebas membuat apa saja. Jika
tindakan undang-undang dikenakan kepada rakyat mereka maka mereka akan
hantar tentera mereka untuk menyerang dan menakluk negara yang menguatkuasa
undang-undang atas rakyat mereka.

14. Pengalaman Melaka dirasai juga oleh negara-negara lain di Asia
Tenggara. Berdagang dengan pedagang Eropa akan membawa bala kepada negara.
Akhirnya negara yang bebas menjadi negara-takluk bangsa-bangsa Eropa.
Demikian di Asia Tenggara demikianlah juga di mana-mana di seluruh dunia.

15. Pedagang Eropa menuntut untuk memonopolikan punca bekalan mereka.
Mereka menuntut supaya diadakan perjanjian dagangan yang eksklusif. Mereka
mendirikan kubu perang dan pusat dagangan atau trading post mereka sendiri
di negara orang. Mereka menggunakan kapal bersenjata (armed merchantmen)
untuk berdagang. Mereka berperang sesama mereka, dan kemudian berperang
dengan negara pembekal mereka, menakluk negara-negara ini, menjadikan mereka
koloni milik mereka, diperintah oleh mereka.
Akhirnya hampir semua wilayah Asia Tenggara menjadi sebahagian dari Empire
Portugis, Sepanyol, Belanda, British dan Perancis. Mereka perhambakan rakan
dagang mereka, memaksa mereka bekerja untuk mengeluar barangan yang
dikehendaki oleh mereka. Dan menjadi kaya tidak terhinggalah mereka,
syarikat-syarikat mereka dan negara-negara mereka di Eropa. Menjadi miskin
dan hinalah semua rakan dagang mereka di Asia.

16. Malaysia mengambil masa 450 tahun untuk dibebas dari belenggu
penjajahan bangsa-bangsa Eropa. Negara-negara lain di Asi Tenggara juga
dijajah ratusan oleh mereka. Beratus ribu penduduk tempatan yang di bunuh,
dipenjara dan diseksa oleh penjajah dari Eropa ini apabila percubaan dibuat
oleh bangsa-bangsa uang dijajah untuk memerdekakan tanahair sendiri.
Akhirnya baharulah kemerdekaan dicapai.

17. Sekarang bekas penjajah kita ini mengesyorkan globalisasi, dunia
tanpa sepadan kononnya sebagai system dari dagangan dunia. Kita sedar dunia
sudah menjadi kecil karena kemajuan komunikasi dan kita tidak berupaya
mengasingkan negara-negara kita lagi. Tetapi bolehkan kita percaya mereka
merencanakan globalisasi untuk kebaikan kita, negara-negara yang dahulu
dijajah, diperah dan diexploitasikan oleh mereka untuk memperkayakan
pedagang mereka, negara mereka. Bolehkah kita percaya mareka tidak berhasrat
menjajah kita semula.

18. Di zaman penjajahan kita, nasionalisme dipupuk supaya kita sanggup
berjuang dan berkorban untuk melepaskan diri kita dari belenggu penjajahan.
Apakah karena kita sudah merdeka maka perjuangan kita sudah tamat dan kita
tidak perlu semangat nasionalisme lagi. Sebenarnya nasionalisme di zaman
globalisasi ini masih amat penting, tidak kurang petingnya dari zaman dahulu
di waktu kita dijajah. Sebabnya ialah globalisasi seperti yang ditafsirkan
oleh negara kaya boleh menyebabkan kita sekali lagi dijajah oleh penjajah
kita yang lama walaupun corak penjajahan mungkin tidak seperti dahulu. Satu
dari kesan krisis kewangan yang diusahakan oleh peniaga matawang mereka
baru-baru ini ialah kita menjadi begitu miskin sehingga terpaksa meletakkan
diri kita dibawah kekuasaan IMF, agensi milik mereka, membuka ekonomi kita
kepada modal mereka, membenar bank-bank dan industri kita diambil-alih oleh
gergasi korporat mereka. Bolehkah kita kata dengan perlakuan ini kemerdekaan
kita tidak terhakis?

19. Karena kejatuhan nilai matawang kita yang diusahakan oleh pedagang
matawang mereka, maka nilai saham bank dan industri kita menurun dalam
matawang mereka. Di masa yang sama nilai saham bank dan industri kita dalam
matawang tempatan juga jatuh karena sudah tidak untung lagi, dibeban dengan
hutang yang tidak dapat dibayar. Sebilangan besar daripada perniagaan
nasional kita muflis, bankrap.

20. Sebagai contoh semasa krisis kewangan, nilai Ringgit Malaysia jatuh
dari RM 2,5 satu USD kepada hampir RM 0,5 satu USD. Ini bermakna orang asing
hanya perlu 50 sen sahaja untuk beli saham yang dahulu berharga 1 USD.
Tetapi nilai saham bank dan industri dalam matawang Malaysia juga telah
jatuh supaya nilai saham mereka hanya separuh sahaja dari harga dahulu.
Justeru itu pemodal asing memerlukan kurang dari 50 sen untuk membeli saham
yang dahulu memerlukan 1 USD. Dengan kebebasan yang terpaksa diberi kepada
modal asing maka bank-bank dan perusahaan kita dapat dibeli oleh gergasi
korporat ethnic Eropa dengan harga lelong. Apabila IMF menentukan dasar
ekonomi dan kewangan kita dan bank serta perniagaan kita dimiliki oleh
pedagang asing maka kuasa kita ke atas hal ehwal negara kita tetap terhakis.
Ini bermakna kita tidak lagi merdeka sepenuhnya. Ini bermakna kita sudah
secara langsung dan tidak langsung di jajah.

21. Mereka mendakwa bahawa kejatuhan nilai matawang kita ialah karena
kita tidak cakap mentadbirkan negara kita atau ia disebabkan jangkitan
daripada kejatuhan nilai matawang jiran kita. Tetapi sebenarnya kejatuhan
nilai matawang kita disebabkan penjualan secara besar-besaran oleh peniaga
matawang ethnik Eropa

22. Apabila apa juga barangan dilambak dalam pasaran maka nilainya kerap
akan jatuh. Demikian apabila matawang dilambak dalam pasar matawang maka
nilainya akan jatuh. Lambakan matawang kita yang dilakukan oleh peniaga
matawang merekalah yang sebenarnya menyebabkan matawang kita jatuh dengan
sangat rendah sehingga kita alami krisis kewangan yang sangat teruk, yang
menyebabkan berjuta pekerja hilang pekerjaan, peniaga kecil hilang mata
pencahariaan, rakyak mengamuk dan merosak harta benda, mencetuskan hura-hura
yang tidak dapat dikawal. Akhirnya kita terpaksa tunduk pada IMF, world bank
dan negara-negara kaya dibarat. Inilah sebab yang sebenar nilai matawang
kita jatuh, bukan karena pengurusan kewangan, pengurusan negara tidak cekap,
bukan karena jangkitan dari penyakit kewangan di negara lain. Soal korupsi
di negara membangun memang ada - dahulu pun ada, sekarang pun ada. Tetapi ia
tidak menyebabkan krisis matawang berlaku dahulu, tidak juga resesi. Lagi
pun di negara maju juga terdapat korupsi tanpa krisis matawang.

23. Walaupun sebabnya terjadi krisis matawang ialah karena kegiatan
peniaga matawang menjual matawang negara-negara Timur dengan banyaknya,
rejim kewangan dunia tidak juga diubah dan diperbetulkan, supaya kewangan
dan ekonomi negara kecil selamat dari serangan oleh pedagang matawang. IMF
masih menyokong kegiatan hedge funds dan peniaga matawang. Keutamaan mereka
ialah keuntungan bagi pedagang matawang mereka, bukan kepentingan kita,
bukan kesihatan ekonomi dunia. Ini adalah satu lagi contoh dan bukti bahawa
negara penjajah Eropa belum tukar tabiat mereka.

24. Globalisasi memanglah satu perkembangan yang tidak dapat dielak.
Dunia sudah menjadi begitu kecil karena kemajuan perjalanan dengan pesawat
jet dan perhubungan telfoni yang bukan sahaja memperbolehkan kita bercakap
tetapi juga mendengar suara dari sebelah sana dunia beribu batu jauhnya,
seolah-olah dia berada di tepi kita.

25. Tidak mungkin sesuatu berlaku di sebelah sana dunia yang tidak
mempunyai kesan ke atas kita di sini. Dan kesan ini boleh dirasai dengan
serta merta. Justeru itu amat sukar bagi kita mengasingkan diri kita dari
jiran jauh dan dekat, mengadakan tembok di sempadan untuk memisahkan kita
dari kejadian di luar negara kita.

26. Tetapi walaupun globalisasi tidak dapat dielak apakah dia juga
semenstinya seperti ditafsir dan dibentuk oleh negara kuat dan kaya. Tidak
adakanbentuk lain, tafsiran lain.

27. Jika kita soal bentuk yang disyor oleh mereka apakah ini bermakna
kita menolak globalisasi. Jika syor bentuk, cara dan tafsiran yang lain
apakah ini bermakna utamakan nasionalisme kita dan tidak dapat menerima
globalisasi.

28. Globalisasi mengutamakan kebebasan modal dan peniaga merka melintasi
sempadan negara kita. dan ini tetap menguntungkan negara mereka karena
mereka memiliki modal dan syarikat gergasi.

29. Kelebihan kita adalah tenaga manusia. Seperti mana bebasnya modal
mereka melintasi sempadan kita, tidaklah lebih adil jika rakyat kita yang
tidak bekerja melintasi sempadan mereka untuk kerja disana tidaklah adil
jika hasil kerja kita yang bukan hitek seperti kian dan pakaian yang siap
untuk dipakai memasuki negara mereka yang bebas tanpa quota sekatan cukai
atau bebas cukai.

30. Jika sekatan yang diadakan oleh merka tidak bermakna mereka menolak
globalisasi dan mengutamakan kepentingan bangsa mereka maka kita harus
dibenar menggunakan sekatan terhadap modal dan pedagang2 mereka tanpa
dituduh mengutamakan nasionalisme kita.

31. Dilihat dari apa sudut sekalipun globalisasi yang dicadang oleh
mereka hanya menguntungkan merka, mencerminkan perlindungan bagi bangsa
mereka, menjadi bukti kebangsaan mereka. Justru itu maka kita negara yang
lemah perlu kukuhkan semangat nasionalisme kita di zaman globalisasi ini.

32. Lagi pun kita tidak boleh lupa bahawa ini bukan saja zaman
globalisasi. Ini juga zaman kuasa besar sanggup melanggar menceroboh
memasuki negara2 yang lemah dengan memberi bermacam2 alasan yang kerap juga
pembohongan. Demikian di Iraq kononya terdapat WMD, senjata pemusnah yang
boleh dilancar ke atas negara kuasa besar dalam masa 45 minit.

33. Kuasa besar juga berkeras untruk semua negara mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi liberal. Seperti kata Pramoedya, mereka demokratik
hanya dalam pemerintahan mereka saja. Diluar, dalam arena antarbangsa mereka
tidak demokratik, sebaliknya mengguna kuku besi.

34. Untuk mengembangkan demokrasi mereka di seluruh dunia mereka akan
peralatkan penduduk tempatan tekanan ekonomi dan juga serangan ketentaraan.

35. Pemilihan umum bukan hasrat mereka. Jika yang dipilih bukan yang
ditunjukkan oleh mereka, maka pemerintahan itu akan ditolak. Dan kekerasan,
penindasan, sekatan wang dan ekonomi akan diguna. Bahawa semua ini bukan
demokratik tidak diindah oleh mereka.

36. Mereka secara terbuka mengenal pasti negara-negara yang perlu
mengadakan "Regime Change". Untuk ini mereka sanggup melaksanakan
"Preemptive Attack" serangan oleh mereka sebelum mereka di serang.

37. Samada semua ancaman ini adalah sebahagian dari globalisasi atau
tidak bukan soalnya. Yang jadi nyata di zaman globalisasi ini adalah
negara-negara yang berjuang mati-matian dahulu untuk kemerdekaan, boleh
diserang dan ditakluk semula karena memiliki Pemerintah yang tidak disukai
oleh kuasa besar. Mencetuskan huru-hara dan perang saudara tidak menghalang
kuasa besar dari menuntut supaya Pemerintah yang ditunjuk oleh mereka
didirikan di semua negara.

38. Inilah dunia kita di zaman global ini. Bolehkah kita pertahankan
kemerdekaan kita tanpa semangat nasionalism tanpa patriotisma. Saya tidak
percaya kita boleh selamatkan kemerdekaan kita tanpa cinta pada negara pada
bangsa, iaitu tanpa nasionalisme dan patriotisma.

39. Kali ini perjuangan mempertahankan kemerdekaan kita bukan dengan
senjata dan pasukan balatentara perang. Tak mungkin kita dapt menyaingi
senjata mereka, roket mereka dengan nuclear warhead. Meletupkan bom di badan
tidak akan mengalahkan mereka.

40. Yang akan mengalahkan mereka ialah kepintaran nasionalisme kita,
perpaduan kita, kesanggupan kita bekerjasama dengan negara-negara lain yang
menghadapi ancama yang sama

41. Sesungguhnya nasionalisme masih diperlukan dalam zaman globalisasi
ini, masih penting, masih berperan. Nasionalisme ini bukan berkehendak kita
pikul senjata. Ia memerlukan kepintaran dan perpaduan, memerlukan strategi
yang bijak, dan hati yang cekal.


42. Inilah nasionalisme di zaman globalisasi.


*************

3 comments:

  1. Rakyat Malaysia patut membaca artikal ini demi semangat nasionalisma yang telah jauh terkubur di lubuk hati.

    ReplyDelete
  2. BAGUS LE. ADA ILMU DISEBAR-SEBARKAN. JANGANKEDEKUT DAN TAKUT SANGAT NAK SEBAR ILMU DAN PANDANGAN. HIDUP NI MAKNANYA RISIKO. TIADA RISIKO DAN CABARAN JADI BEBAL LE KITA.

    ReplyDelete
  3. terima kasih tuan arif omar standard saya belum macam tuan ...tapi terima kasihlah sudi juga melayar blog saya. tq

    ReplyDelete