Saturday, May 23, 2009

KAMERA PENGINTIP/SPY CAMERA

KAMERA INI BANYAK GUNANYA BAGI KEBAIKKAN PEMILIKNYA

1. BAGI PEGAWAI PENYIASAT MUDA BOLEH MERAKAN TEMPAT /KEJADIAN DAN DISIMPAN UNTUK SEMAKAN PERIBADI SEMASA HADIR PERBICARAAN

2. BAGI MERAKAMKAN PERCAKAPAN SAKSI-SAKSI DAN UNTUK DIDENGAR SEMULA

3. BAGI PEGAWAI CAWANGAN KHAS UNTUK MERAKAM PERGERAKAN SUSPEK DAN JUGA SEBAGAI PENYAMARAN

4. BAGI MENGINTIP ORANG GAJI YANG SELALU PUKUL BABY DI RUMAH

5. DLL

KALAU BERMINAT BOLEH HUBUNGI EMAIL INI: dime652001@gmail.com ATAU 0197536626

HARGA BERPATUTAN DAN BOLEH DIRUNDING

Saturday, May 2, 2009

DIPETIK DARI :PENGHUNI GUA.....UNTUK TATAPAN UMAT ISLAM

rahman,ahchong,muniandy said...
(saya paste dari blog Buaya-Merah)Demi Allah, sebarkan...Melayu Muslim dalam bahayaBERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAHTOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan diKedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orangBanting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada diKedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahruuntuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksatidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernamaFather Chong. Kami diberi layanan istimewa, tem! pat tinggal, makan danminum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasaInggeris.Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu denganseorang paderi besar di Malaysia , dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin HjAhmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing,Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja JalanGasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hinggasekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantarke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orangmati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia..Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpinAgong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristianseluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia , kemudian dilantik sebagaipendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh! kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipinaselama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris danBahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orangFilipina.Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar keSingapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliaujuga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatansetiausha agong Kristian Singapore... Apabila dilantik ke gereja saya masihlagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1, 400.00,bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankanpelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari sayaberasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibr! ahim, Kadi daerahIpohdan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah JabatanAgama dan saya terusbertaubat.Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutamapenduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).Carahendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertalileher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan -Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi,KotaRaya dan Sg Wang Plaza.Cara-cara berdakwah:Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwahakan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil,makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajaksembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberisejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidahmenjadihitam! , tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga haldakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangangereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah , Serawak ,Filipina dan Singapura.Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di PetalingJaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang,ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai PetaniKedah.Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution.Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untukdiberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di IpohSekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajarperempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -le! pasansekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada YusofNoor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebardi akhbar)1982.Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke NibongTebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebakdalam Kristian:1. Desakan hidup2. Kurang agamaBeliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliaumendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepadaKristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. PairinKetinganadalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telahdihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imamdan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepasmesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400orang telah masuk Kristian di Melaka.Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahuFatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masukKristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi kemahkamahdi Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kadpengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan) Beliau beri penerangankepada1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Biladibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,BatuGajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalahberdakwahdidalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat1. Tidak boleh hisap rokok2. Tidak boleh minum arak3... Tidak boleh makan benda! -benda berdarah4. Tidak boleh kahwin.Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia ) bapak Brutoyang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telahdisiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalampada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristianiaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patahtangan.PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "NescayaAllah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara-mara, sahabat-handai dangenerasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!!

Monday, April 20, 2009

DADAH DI AMERIKA LATIN DAN ANCAMAN KESELAMATAN INSAN

1. PENGENALAN
Amerika Latin adalah merupakan kawasan yang amat luas yang bermula dari mexico hinggalah ke bahagian selatan iaitu Amerika Tengah dan terus ke selatan meliputi keseluruhan benua Amerika Selatan. Sebanyak 30 buah negeri terdapat dalam gugusan Amerika Latin . Kebanyakkan negara di kawasan tersebut sudah merdeka kecuali beberapa jajahan kecil yang masih lagi dikuasai penjajah.Dari segi sejarahnya kawasan ini adalah jajahan takluk terbesar Sepanyol, Portugis dan Jerman yang menjadi kawasan utama perlombongan seperti emas, perak dan minyak serta pengeluar kayu balak dunia. Ia juga di kelilingi lautan yang kaya dengan hasil laut jadi tidak hairanlah ianya merupakan antara kawasan yang terawal dijajah oleh kuasa besar dahulu iaitu sekitar abad ke 17 lagi.
Menurut Jorge (2008) terdapat empat isu utama yang mengancam keselamatan di rantau ini iaitu isu dadah, emigrasi, kemiskinan dan konflik sempadan. Memandangkan Amerika Syarikat dari segi geografinya adalah berdekatan maka ramai dari kalangan rakyat dari rantau ini terutamanya dari Amerika Tengah yang terdiri dari negara-negara seperti Guatamala, Colombia dan Bolivia yang berhijrah secara haram ke sana bagi mencari peluang pekerjaan khususnya di bidang pertanian dan pembinaan dan mereka telah menghantar wang ke negara asal yang membantu keluarga mereka di sana. Bagaimanapun akhir-akhir ini Amerika Syarikat telah menguatkuasakan sekatan terhadap buruh asing yang memasuki secara haram ke negara itu dan ini amatlah menyukarkan negara asal pendatang kerana mereka bergantung kepada tukaran wang asing yang dihantar oleh pendatang itu setiap bulan sebagai contoh Mexico menerima RM 70 billion tahunan dari rakyatnya yang bekerja di sana, serta akan menimbulkan konflik sosial jika kesemua mereka diarah kembali ke kampong halaman yang selama ini gagal untuk membekalkan pekerjaan. UNHCR( 2004) melaporkan bahawa di kawasan rantau itu juga berlaku pertelingkahan sempadan umpamanya antara Colombia dan Equador serta Chile dan Peru . Walaupun tiada perang besar berlaku tetapi semua ini boleh mengancam keselamatan rantau itu. Bagaimanapun Peter Hakim (2006) berpendapat bahawa isu dadah didapati merupakan isu yang paling besar yang boleh mengancam kestabilan rantau itu. Beliau mengatakan bahawa negara-negara di Amerika Latin adalah berisiko tinggi untuk menjadi pusat kegiatan dadah, pengubahan wang haram, dan juga operasi jenayah dan ini akan mengakibatkan kestabilan negara dan insan terancam. Ini kerana jika masalah ini gagal dibendung maka ianya akan menular kesemua negara yang mana akan mengancam keselamatan seluruh negara di rantau itu.

Rajah 1: Peta Amerika Latin

1.1 SKOP KAJIAN
Kajian ini adalah menumpukan kepada negara utama pengeluar dadah seperti Bolivia, Guatemala, Colombia, Chile dan Peru serta negara transit dadah seperti Panama dan Mexico serta kesan terhadap keselamatan insan di negara-negara itu dan sekitar rantau.

1.2 DEFINISI DADAH
Menurut kamus Webster 1990 dadah didefinisikan sebagai ubat-ubatan ataupun yang menyebabkan kesan pada fizikal dan atau mental. Apa yang menjadikan dadah itu sebagai bahan terlarang ialah apabila ada larangan berkenaan pembuatan, penanaman , pembawaan, penyimpanan, penjualan atau penggunaan dadah itu sendiri. Seluruh dunia telah bersetuju untuk mensyaratkan berkenaan perkara-perkara di atas walaupun ada perbezaan dari segi syarat tersebut antara satu negara dengan negara yang lain tetapi yang jelasnya ianya merupakan barangan yang dikawal berdasarkan jenisnya, atau pun beratnya.
Menurut Steven(2006) jenis dadah utama yang terdapat di rantau Latin Amerika ialah bersamaan dengan kesemua jenis dadah yang terdapat di rantau lain kerana muka bumi di situ ialah berbagai jenis dan iklimnya juga berbagai iaitu dari jenis iklim khatulistiwa di negara Colombia, Venezuela dan Brazil yang sesuai untuk koka dan ganja umpamanya, ke iklim tropika di utara dan selatan ketiga-tiga negara itu yang sesuai untuk pokok popi yang mengeluarkan heroin walaupun tidak sebanyak di kawasan Segi Tiga Emas di Asia.
Semenjak 1960an dunia merasai kesan dadah yang mana sehinga kini terdapat hampir 4% penagih dadah di seluruh dunia. Steven(2006) menambah bahawa penyalahlahgunaan dadah meningkat apabila kejayaan dalam menulinkan dadah itu sehingga menjadi penggunaannya lebih senang dengan berbagai bentuk seperti serbuk, cecair dan pil. Sehingga kini di rantau itu terdapat 13.2 juta pengguna dadah secara suntikan.
2. PEMASALAHAN KAJIAN.
Semasa kedatangan Sepanyol dalam abad ke 17 ke rantau itu, mereka seperti penjajah-penjajah yang lain telah membawa hasil bumi jajahan takluk ke negara asal. Daun koka telah dibawa balik bagi tujuan kajian kerana mereka teruja dengan keupayaan daun ini bagi mengurangkan rasa lapar serta memberi tenaga untuk menjalankan kerja pertanian dan perlombongan penduduk tempatan. Bagaimanapun hasil dari kejayaan penyelidikan telah menemui bahan dadah dikenali sebagai kokain yang kemudiannya telah diniagakan pada permulaannya sebagai ubat-ubatan sebelum disalahgunakan secara meluas yang seterusnya menjadi satu wabak penagihan ke seluruh dunia. Koka yang digunakan sebagai ubatan tradisional telah diglobalisasikan dan disalahgunakan sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan insan penduduk negara-negara asal pokok itu sendiri. Berdasarkan Christine(2008) berbagai tindakan kerjasama serantau dengan negara jiran telah dibuat bagi mengatasi masalah bersama ini seperti melalui Organization Of Amerika States (OAS) yang merupakan organisasi yang dipelopori oleh Amerika Syarikat meliputi semua negara dari Kanada di utara hinggalah ke selatan merangkumi semua negara di Benua Amerika Selatan. Di samping itu juga terdapat Inisiatif Merida iaitu satu kerjasama antara Amerika Syarikat, Mexico dan semua negara di Amerika Tengah bagi mengatasi masalah dadah dan jenayah rentas sempadan yang masih berterusan sehingga ke hari ini.

3. ANDAIAN KAJIAN/HUJAH
Dadah telah menjadi satu ancaman kepada keselamatan insan bagi penduduk di rantau Amerika Latin kerana ia mengancam politk, ekonomi dan kesihatan. Ancaman dadah terhadap ketiga-tiga perkara ini akan membawa kepada ancaman terhadap keselamatan insan di rantau ini. Apabila insan menderita maka kesannya kepada negara tidak boleh dielakkan kerana negara tanpa rakyat yang hidup dalam aman dan sejahtera maka fungsi pemerintahan juga akan musnah dan mendedahkan bahaya ancaman keselamatan samada dari dalam dan luar negara.
4. KONSEP KESELAMATAN INSAN
Kajian berhubung dengan permasalahan dadah bolehlah dilihat dari beberapa isu atau teori besar seperti dari sudut keselamatan negara, kemiskinan, alam sekitar atau pun keselamatan insan. Bagi penulisan ini ianya dikupas dari sudut keselamatan insan iaitu sejauhmana kesannya pada individu warganegara yang berada di rantau itu. Berdasarkan Siti Daud dan Zarina (2005) konsep keselamatan insan adalah merupakan satu pengembangan kefahaman tentang keselamatan negara. Jika dahulu negara dikatakan selamat jika tiada ancaman dari luar maka berlandaskan perkara yang sama telah didapati terdapat rakyat atau insan manusia yang menderita walaupun negara yang diduduki tiada ancaman dari luar. Penderitaan tersebut di lihat dari 7 faktor iaitu seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1995 tentang hak asasi manusia iaitu yang berkaitan dengan kecukupan makanan, kesihatan, peluang berpolitik, berekonomi, persekitaran , individu dan komuniti. Ketujuh-tujuh perkara itu menjadi sukatan tentang sejauh mana keselamatan rakyat sesebuah negara itu dikatakan selamat atau sebaliknya. Ini adalah kerana penglibatan dengan kegiatan dadah samada penggunakan dadah atau mengedar dadah adalah salah dan melanggar undang-undang negara serta mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan insan sendiri. Baylis et al (2008) juga memperkatakan tentang perkara yang sama iaitu konsep keselamatan insan adalah berkisar kepada empat perkara iaitu penolakan kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan insan sebagai indikator utama keselamatan insan, peningkatan terhadap konflik dalaman negara, kesan terhadap globalisasi seperti jenayah dan penyakit yang merentasi sempadan dan akhir sekali penekanan terhadap isu hak asasi dan campur tangan kemanusiaan . Empat perkara yang diperkatakan ini menunjukkan bahawa penekanan terhadap tahap kualiti hidup insan telah ditingkatkan dan dititikberatkan dan isunya boleh merentasi sempadan negara berdasarkan semangat sejagatan insan.
.

5. 1. KESELAMATAN POLITIK
Dadah telah mengubah scenario politik semasa rantau Latin Amerika kerana kesan dari segi pengambilan rasuah yang mengancam ketelusan dan integriti dalam perlantikan ahli politik. Menurut DEA (2004) keadaan ini dapat dilihat dari kes rasuah di negara Panama pada tahun 1992 apabila Presiden Noreil Ortega telah menerima suapan berjumlah RM 18 juta bagi pengedaran dadah ke Amerika Syarikat yang akhirnya membawa kepada penangkapan beliau dan telah diekstradisi ke USA yang seterusnya diperjarakan selama 40 tahun. Di Bolivia pula pada 1991 ketua bagi unit anti dadah negara telah terpilih dari pengedar terbesar negara itu Rici Toro yang akhirnya juga membawa kepada penangkapan beliau dan seterusnya di penjarakan di USA. Kes terbaharu yang kita dapat lihat ialah kejadian serangan dan keganasan yang melibatkan anggota polis Mexico yang seterusnya membawa kepada perletakan jawatan Ketua Polis Mexico Februari lalu akibat tekanan dari ugutan untuk membunuh seorang anggota polis setiap hari jika beliau tidak berundur. Sebelum itu Ketua Polis Acapulco iaitu sebuah bandar peranginan di Mexico telah ditangkap rasuah membabitkan dadah dan siasatan menunjukkan bahawa 20% anggotanya terbabit sama dengan rasuah berkaitan dadah. Ini menunjukkan jentera kerajaan dan politik telah diresapi oleh kumpulan cartel iatu geng pengedaran dadah yang telah membeli mereka ini supaya aktiviti haram tersebut tidak terjejas.
Di samping itu akibat dari penglibatan aktif USA dalam perang melawan dadah telah menjejaskan kedaulatan rakyat rantau itu. Gina dan Martha (2001) mengatakan bahawa USA menekan negara-negara rantau supaya menubuhkan unit khas tentera bagi melawan cartel dadah. Ini kerana pasukan polis dikatakan korup. USA telah menghantar bantuan yang banyak serta unit tentera khas Green Beret bagi melatih tentera khas ini. Bagaimanpun perkara ini adalah disifatkan melanggar hak masyarakat tempatan kerana tentera khas ini menjalankan penguatkuasaan undang-undang awam (militarization of laws). Ini menimbulkan bantahan politik dari orang ramai kerana kekasaran melebihi batas hak asasi yang ditunjukkan dalam usaha membenteras dadah. Disamping itu juga tindakan USA yang memasuki ruang angkasa rantau dalam menjalankan intipan dadah telah mencabuli hak kedaulatan rakyat dan negara serantau walaupun dengan niat yang baik.
Menurut Gina dan Martha (2001) Jabatan Drugs Enforcement Agency (DEA ) Amerika Syarikat telah mengelarkan Mexico sebagai narco-demokrasi kerana aktor dadah sama kuat aktor negara semenjak 1986. 16,000 orang mati ditembak dlm dua puluh tahun bersabit kes dadah. Ada sebanyak 150 cartel di Mexico yang berkait rapat dengan 30 cartel di USA. USA telah menggelarkan cartel ini sebagai narcoterrorist. Berdasarkan bahasa yang keras itu mungkinkah USA pada satu tahap di masa akan datang akan mengambil tindakan lebih tegas dengan menggunakan ketenteraan untuk menyerang pengedar di negara ini ? . Tambahan pula rantau itu adalah pengeluar dadah utama seperti jadual 1 di bawah berbanding rantau lain. Semua ini sudah tentu akan mungkin menimbulkan huruhara dan ancaman kepada keselamatan rakyat seluruh rantau kerana mungkin mencetuskan perang.

LATIN AMERIKA-MEXICO,COLOMBIA, PERU GUATEMALA,BOLIVIA

75,100
SEGI TIGA BULAN SABIT-AFGHANISTAN, INDIA, PAKISTAN
408
SEGI TIGA EMAS-LAOS, BURMA, THAILAND

4,475

JADUAL 1 : PERBANDINGAN KELUARAN DADAH TAHUNAN DALAM TON

5. 2. KESELAMATAN EKONOMI.
Dadah telah memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi serantau samada dari segi positif dan negatifnya. Dari segi kasarnya memang dadah membawa keuntungan kepada negara-negara pengeluar seperti Colombia, Peru, Ecuador, dan negara transit seperti Mexico. Peru umpamanya jumlah ekspot dadahnya merupakan 30% dari jumlah ekspot dagangannya. Manakala 20% keluaran negara kasar(KNK) Bolivia datang dari hasil dadah yang membekalkan 20% pekerjaan . Dadah telah memberi hasil lumayan kepada Colombia dengan menyumbang RM 13 Billion . Pada 1994 sebanyak RM$30 billion hasil dadah telah disumbangkan ke Mexico yang merupakan 20% KNK dan memberi pekerjaan kepada 360,000 orang. Semua statistik ini membuktikan yang betapa tertariknya penglibatan dalam pengeluaran dadah yang dikatakan jika pengeluaran 10% ditingkatkan, maka kesannya akan meningkatkan 2% KNK dan penurunkan 6% pengangguran.
Bagaimanapun negara –negara rantau menghadapi kesan sampingan yang lebih buruk. Pengedar dadah hanya tertumpu untuk melibatkan dalam spekulasi hartanah seperti hotel dan kediaman di bandar serta pembeliaan ladang di pendalaman.. Dengan ini menimbulkan huruhara kepada rakyat kerana mereka tidak dapat mengatasi persaingan dengan pemodal dadah yang menyebabkan terpaksa berpindah ke pinggir bandar. Ladang tradisi juga yang selama ini membekalkan hasil pertanian tidak lagi berupaya mengeluarkan kasil pertanian kerana tanah pertanian telah dibeli oleh cartel, keluaran pertanian merosot dan menyebabkan pergantungan penduduk kepada makanan luar. Kegiatan penggubahan wang haram juga melemahkan persaingan sihat dalam perniagaan kerana banyak syarikat terpaksa ditutup kerana cartel akan memulakan perniagaan dengan memberi potongan harga yang di luar kemampuan syarikat yang asli.
Menurut UNODC (2005) kerajaan di rantau itu juga membelanjakan wang yang amat banyak bagi mengatasi masalah ini .Colombia umpamanya menyediakan peruntukan sebanyak 2% dari bajet tahunan bagi membenteras dadah dan ini amatlah jauh lebih besar dari USA umpamanya yang hanya memperuntukan 0.3% sahaja. Mexico juga terpaksa menubuhkan tentera khas seramai 20,000 dan semua ini membebankan negara-negara yang majoritinya adalah negara miskin yang memerlukan bajet tahunan untuk pembangunan dan pelajaran insan. Menurut Richard(2008) , banyak negara di rantau itu yang kaya tetapi kerana agihan perbelanjaan yang tinggi terhadap pertahanan menyebabkan ianya tidak mencetuskan aktiviti yang dapat meningkatkan keselamatan penduduk iaitu insan.
5.3. KESELAMATAN KESIHATAN
Daun koka yang dahulunya makanan tradisi adalah tidak mengandungi toksin kerana ianya diambil dalam jumlah yang kecil tetapi selepas proses penulinan ianya adalah amat berbahaya kepada kesihatan jika disalahgunakan. Ianya akan mengakibatkan pengguna menjadi berani dan aktif dan mampu melakukan jenayah tanpa rasa takut kerana ianya bersifat stimulant. Kesan pengambilan berlebihan juga akan membawa kepada maut. Menurut Francisco (2008) dianggarkan seramai hampir 3% penduduk rantau itu adalah mengambil dadah dan sudah tentu melibatkan kos kesihatan yang tinggi kepada negara. Kesan pencemaran dari perkongsian jarum juga akan menyebabkan penyakit AIDS merebak dan memusnahkan ekonomi keluarga di rantau itu. Keluarga akan hilang tempat bergantung jika si bapa umpamanya tidak dapat bekerja dan ini menyebabkan kesengsaraan yang berpanjangan kepada institusi keluarga.
Dalam usaha kerajaan membasmi kawasan penanaman koka umpamanya sejenis ubatan bernama Tebutioron dan asid sulfuric telah disembur dari udara yang akan memusnahkan pokok koka dan pokok renek yang lain. Ini akan menyebabkan fauna dan flora turut terhapus yang mengakibatkan imbangan ekologi terjejas. Di samping itu juga sungai-sungai akan tercemar dengan racun kimia itu yang merupakan punca utama air untuk pertanian dan minuman harian penduduk. Tindakan yang drastik ini sebenarnya tidaklah efektif untuk membasmi kawasan dadah kerana berdasarkan kajian menunjukkan jika 90% pertanian koka termusnah, baki 10% yang terselamat masih lagi mampu menampung kos penanaman dan memberi untung.

6. CADANGAN.
Dalam menghapuskan penjualan dan penggunaan dadah secara haram yang akan merosakkan kehidupan insan di rantau Amerika Latin ini, beberapa pendekatan sebagaimana yang telah di cadangkan oleh International Crisis Group Working To Prevent Conflict Worldwide di dalam Latin America Report No. 26 : latin America Drug II bertarikh 14 March 2008 hendaklah diteruskan yang di antaranya mengariskan beberapa pendekatan yang harus diikuti seperti yang tersebut di bawah:-
6.1. Cadangan Kepada Negara Amerika : Pendekatan Peningkatan Pengurangan Permintaan.
Untuk mengurangkan permintaan dadah ini kerajaan Amerika hendaklah memperbaiki dan memperbesarkan taraf pendidikan awam dan program pencegahan dadah di sekolah-sekolah menengah tinggi serta membuat program pembenterasan dadah terhadap penagihan dadah jenis lain secara menyeluruh. Penambahan mahkamah pengadilan mengenai kesalahan dadah dan memperbaiki program pemulihan serta tempat rujukan pemulihan kepada penagih-penagih yang sudah kronik.
Kerajaan Amerika juga dicadangkan untuk menawarkan lebih banyak program lanjutan kepada bekas banduan untuk mendapatkan rawatan peralihan dan pemulihan. Cadangan ini termasuklah peningkatan pertukaran maklumat secara sistematik mengenai pencegahan dadah, rawatan, pemulihan dan penguatkuasaan undang-undang dengan negara-negara Eropah dan juga mana-mana pertubuhan mengenainya. Pembangunan pendekatan komunikasi moden bagi mendekati penagih dadah.
6.1.2. Pendekatan memfokuskan penurunan bekalan dadah.
Pendekatan ini dicadangkan kepada negara Amerika dalam menurunkan bekalan dadah dengan meningkatkan secara besar-besaran alternatif dan pembangunan luar bandar, menguatkan institusi dan komponen kerajaan tempatan di dalam pelan inisiatif memerangi dadah di Colombia dan negara Andean (ACI).
Mengubah program pembasmian penghapuskan penanaman pokok koca secara penyemburan secara membuta tuli melalui udara kepada penghapusan secara manual bagi meningkatkan ekonomi kepada peladang dan meminimumkan tindakan pembenterasan yang hanya digunakan sekiranya perlu bagi menjaga hati masyarakat di Bolivia dan Peru.
Seterusnya meningkatkan pertukaran maklumat dengan negara-negara kesatuan Eropah dan juga Amerika latin sebagai negara pengeluar dalam menurunkan bekalan. Ini termasuk menumpukan penangkapan terhadap sasaran terhadap broker dan juga pemborong dadah dan juga menghapuskan kumpulan-kumpulan jalanan bagi mengembalikan mereka kejalan yang betul dan menjadi masyarakat yang berguna. Kerajaan Amerika juga dicadangkan untuk memberikan fokus terhadap Initiative Merida serta memperkuatkan institusi serta penguatkuasaan undang-undang di Mexico dan Amerika Tengah di dalam memerangi gejala rasuah.
6.2. Cadangan Kepada Kesatuan Eropah dan negara-negaranya : Pendekatan Peningkatan Pengurangan Permintaan.
Untuk mengurangkan permintaan dadah ini Kesatuan Eropah dan negara-negara nya hendaklah memperbaiki taraf pendidikan awam terutamanya di Itali, Sepanyol dan United Kingdom dengan menumpukan kepada penuntut kelas menengah, kelas tinggi dan juga golongan berpendapatan tinggi.Ini termasuk kepada pengembangan program pemulihan terhadap penagih dan penagih tegar di negara tersebut.
Negara Kesatuan Eropah hendaklah menilai dengan tepat kesan keburukan penurunan permintaan dadah dan mengambil langkah yang sesuai intuk memperbaiki cara perlaksanaan penghapusan permintaan dadah dan hendaklah meningkatkan sistem pertukaran maklumat mengenai pencegahan dadah, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan undang-undang mengenai dadah dengan negara Amerika dan juga mana-mana badan penguatkuasaan dadah antara bangsa.
6.2.1. Pendekatan memfokuskan penurunan bekalan dadah.
Pendekatan ini dicadangkan kepada negara Kesatuan Eropah dalam menurunkan bekalan dadah dengan meningkatkan secara besar-besaran alternatif dan pembangunan luar bandar, menguatkan institusi dan komponen kerajaan tempatan di dalam pelan inisiatif memerangi dadah di antara negara-negaranya. Ini termasuk juga hubungan yang harmoni dalam meningkatkan kerjasama membenteras dadah.
Kesatuan Eropah juga digalakkan supaya mewujudkan sistem pertukaran maklumat dengan negara Amerika dalam menghapuskan bekalan dadah di Amerika latin dan juga negara persinggahan dadah. Memperbaiki hubungan koordinasi di dalam penguatkuasaan undang-undang bagi kejayaan membenteras dadah disempadan Eropah dan juga penghapusan organisasi pengedarannya.
Kesatuan Eropah dan negara-negaranya juga disarankan supaya menubuhkan kerjasama yang mantap dalam penguatkuasaan undang-undang dan memerangi dadah dengan negara Amerika, Amerika latin dan Afrika barat bagi menambah kecekapan dalam mengawal merebaknya kegiatan haram ini dengan mensasarkan kepada broker, orang tengah dan juga pemborong dadah atau cartel di negara-negara Eropah.
6.3. Cadangan Kepada Kerajaan Maxico, Amerika Tengah dan negara-negara Caribbean: Pendekatan Peningkatan Pengurangan Permintaan.
Untuk mengurangkan permintaan dadah negara-negara seperti Maxico, Amerika Tengah dan juga negara-negara Caribbean dicadangkan agar memperkuatkan tindakan memerangi gejala rasuah dan salah gunakuasa dikalangan agensi penguatkuasaan undang-undang dan juga angkatan tenteranya yang dikatakan banyak melakukan rasuah dalam membenteras kegiatan pembekalan dan pengedaran dadah. Tindakan drastik termasuk membubarkan pasukan yang sedia ada dan menubuhkan pasukan baru adalah merupakan cadangan yang sebaiknya bagi negara-negara yang menghadapi masalah rasuah yang serius dan juga penyelewengan serta penyalahahgunaan kuasa.
Cadangan seterusnya adalah mensasarkan dengan lebih efektif terhadap organisasi kelas menengah dan juga organisasi besar pengedaran dadah dan meningkatkan pendekatan pengawalan serta pembubaran kumpulan-kumpulan jeneyah dadah dikalangan masyarakat miskin di bandar-bandar besar dan juga mengembalikan mereka kedalam masyarakat awam yang menjalani cara hidup sihat. Peruntukan yang disediakan di dalam Iniciative Merida hendaklah digunakan sepenuhnya bagi meningkatkan kehidupan masyarakat yang telah terbiar ini bagi memberikan kesempatan kepada mereka untuk hidup bersama masyarakat sivil dan juga menguatkan institusi penguatkuasaan di Mexico dan juga Amerika Tengah.

6.3.1 Pendekatan memfokuskan penurunan bekalan dadah.
Pendekatan ini dicadangkan kepada bukan sahaja di negara Kesatuan Eropah dan juga Amerika tetapi juga dicadangkan kepada seluruh negara Amerika latin, Maxico, Amerika Tengah dan negara-negara Caribbean dalam menurunkan bekalan dadah dengan meningkatkan secara besar-besaran alternatif dan pembangunan luar bandar, menguatkan institusi dan komponen kerajaan tempatan di dalam pelan inisiatif memerangi dadah di antara negara-negaranya.Ini termasuk juga mengembangkan institusi pendidikan menegah, tinggi dan juga kelas atasan di dalam program-progran pencegahan dan pemulihan dadah. Kerjasama juga diperlukan bersama negara-negara Amerika latin, negara-negara Eropah dan juga Amerika dalam pertukaran maklumat yang bersistematik.

6.4. Cadangan Kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Di dalam pembenterasan pembekalan dan juga pengedaran dadah antarabangsa peranan badan antarabangsa terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seharusnya melaksanakan penilaian yang berkesan, keras dan transferen dengan penglibatan masyarakat awam seluruh dunia dalam dalam pembangunan menurunkan bekalan dan permintaan untuk dadah yang dilaksanakan sejak tahun 1998 semasa Perhimpunan Agung Khas (UNGASS) dalam krisis mengenai dadah.
PBB seharusnya mempromosikan penubuhan persetujuan polisi baru dan berkemampuan dalam menanggani isu politik semasa dan memperkukuhkan kerjasama serta menyelaras dasar mengenai dadah di antara negara-negara seperti Amerika, Eropah, dan latin Amerika yang merupakan sumber, transit dan negara pengguna serta mencapai keseimbangan yang berkesan di dalam pembenterasan pembekalan dadah dan juga permintaannya.

6.5. Cadangan-cadangan lain.
Selain daripada cadangan-cadangan yang telah dijelaskan di atas terdapat juga beberapa cadangan lain yang boleh dilihat sebagai alternatif bagi penambahbaikkan kepada program mengurangkan dadah di Amerika Latin dan rantaunya demi keselamatan insan dan negara serantau.
Pertama , program tanaman gantian bagi rakyat miskin perlulah diperhebatkan lagi. Subsidi dari segi bantuan baja, benih dan jentera pertanian mestilah diberi dan pemantauan tentang keberkesanannya mestilah dibuat dengan lebih aktif supaya ianya dapat mengubah minda petani untuk tidak lagi meneruskan aktiviti tradinya itu. Ini adalah penting kerana selama ini rakyat bergantung kepada pengedar dadah yang membeli hasil tanaman atau bekerja untuk mereka akibat kemiskinan. Dengan peranan lebih aktif kerajaan maka rakyat akan merasa terbela dan faham serta akur tentang program pembasmian dadah.
Kedua, kesan perjanjian North America Free Trade Assosition(NAFTA) mestilah dikaji dan menjadi contoh untuk perjajian perdagangan akan datang kepada negara rantau akibat ketidak imbangan dagangan dan persaigan yang tidak sihat. Kimberly( 2008) mengatakan akibat dari subsidi pertanian yang tinggi kepada petani di Amerika Syarikat hasil pertanian dapat diekspot dengan murah ke Mexico dan ini menyebabkan industri pertanian Mexico gagal bersaing dan menyebabkan kesengsaraan kepada insan yang terlibat dengan industri itu yang mana beralih kepada dadah sebagai alternatif pekerjaan.

Ketiga, tindakan agresif kerajaan perlu ditingkatkan bagi memusnahkan cartel yang berleluasa dengan memastikan pemilihan pemimpin yang bebas dari dadah. Sokongan dari Amerika Syarikat perlulah diteruskan kerana negara itulah pengimpot utama dadah dari rantau. Berdasarkan konsep ‘supply and demand’ maka amatlah bertepatan usaha sama diperkemaskan lagi untuk memastikan tiada atau berkurangan permintaan terhadap dadah itu. Negara-negara di rantau mestilah bersatu dan bertindak dengan lebih aggresif bagi memastikan keikhlasan dalam membasmi dadah.

7. KESIMPULAN
Dadah amatlah merbahaya kepada keselamatan insan kerana kesannya kepada manusia telah terbukti. Pengedar dadah mampu melantik pemimpin dan jentera kerajaan yang korup yang akan gagal memerintah dengan baik yang menyebabkan perancangan untuk kebaikan insan tidak berjalan dengan baik. Bajet untuk meningkatkan ekonomi , kesihatan dan pelajaran rakyat terpaksa dilencong kepada perbelanjaan kesihatan pesakit akibat pegambilan dadah dan membenteras pengedaran dadah, ini amatlah merugikan rakyat. Rantau tersebut yang sememangnya miskin akan terus hidup dalam kesusahan dan hasrat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya tujuh perkara asas yang akan menjamin keselamatan insan tidak akan dirasai oleh rakyat. Kesemua kesan keselamatan terhadap politik, ekonomi dan kesihatan akan memberi impak yang segera kepada keselamatan insan. Jika insan yang selama ini mendokong kekuatan negara maka negara yang mempunyai insan yang musnah akibat dadah maka akan melemahkan keselamatan negara itu sendiri dan seterusnya akan mengkucar-kacirkan keselamatan rantau itu sendiri.

Tuesday, April 14, 2009

AJARAN SESAT DI MALAYSIA : KESAN SOSIALISASI TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. PENDAHULUAN
Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti mereka yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu, mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan dan aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyaim unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.
Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul, Kitab, Qada’ dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat. Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan. Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma serta daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.
Ajaran sesat juga merupakan suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini kerana penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan ada pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.
Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera. Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan “Tarikat Nurul Zaman” keatas balai polis Batu Pahat Johor pada hari Khamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang awam

2. DEFINISI
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.
Menurut Oxford English Dictionary, ajaran sesat adalah “ pandangan atau doktrin teologi atau keagamaan yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan doktrin Gereja Katholik atau ortodoks, atau dalam pengertian yang lebih luas, dengan doktrin gereja, keyakinan , atau sistem keagamaan manapun yang dianggap ortodoks atau ajaran benar. Dalam pandangan Islam ajaran sesat ini adalah ajaran yang berbeza dengan apa yang umumnya diakui telah dibawa oleh nabi S.A.W dan berdasarkan Al-Quran, sunnah dengan mengikut ahli sunnah waljamaah.

3. PERMASALAHAN KAJIAN
Ajaran sesat yang diamalkan di Malaysia memberi kesan sosialisasi kepada masyarakat dan negara serta menggugat perpaduan ummah . Kegagalan dalam membendung permasalahan ini akan menyebabkan negara menjadi kucar kacir dan tidak selamat. Suasana sosio budaya, ekonomi dan politik akan tidak tenteram dan seterusnya negara tidak akan menjadi maju dan berjaya.

4. PERKEMBANGAN SOSIALISASI AJARAN SESAT MENGIKUT ERA

4.1.Era Tradisional
Ajaran sesat mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 yang bergerak secara senyap. Ajaran sesat yang paling lama di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.
Ajaran ini juga dikenali dengan Tasawuf Batiniah iaitu kebatinan. Pada umumnya ajaran ini dibawa melalui buku Kasyaf Al-Asrar terjemahan dan susunan oleh Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah Al-mangkabau yang ditulis pada tahun (1344H/1922M) (tahun 1390 telah ulang cetak ke-22 di Singapura) dan kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun 1355H/1933M) dan mengembangkan Ajaran Taslim dari bapanya Hj. Mohd. Matahari, kemudian Hj. Ahmad laksamana bin Omar Kelantan pada tahun 1985, menulis buku Hakikat Insan (1985M) dan Ilmu Tajalli (belum terbit) dan mengembangkannya ke seluruh Malaysia.Unsur-unsur atau faktor ajaran Batiniah ini ialah berasal daripada Syiah Ismailiyah Batiniah iaitu satu gerakan yang pada mulanya dipropagandakan oleh Abdullah bin Maimon (W 165H/780M). Beliau ialah seorang bekas penganut agama Madaism (Al-Mazdakiyah) berbangsa Yahudi dari Al-Hawas, bapanya Maimon b. Dalsan al-Khaddah ialah hamba kepada Jaafar al-Sadiq iaitu salah seorang imam 12 syiah.
Al-Khaddahlah yang mendakwa Ismail bin Jaafar al-Sidiq yang telah meninggal dunia tahun 158H dianggap sebagai ghaib dan beliau adalah Imam Mahdi Abdullah bin Maimon juga terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7, 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailahaillahallah kemudiannya berjumlah 19. Teori ini akhirnya diambil oleh Ismailiyah Kisaniyah dan Qaromitah.Di kalangan pengamal ilmu hakikat seperti Taslim wujud satu amalan nikah batin, yang pda asalnya lahir dari konsep batin yang disebar oleh kumpulan Syiah Batiniah.Nikah batin adalah satu amalan misteri bagi golongan Taslim.ereka merahsiakan amalan ini dari sesiapa. Menurut Hj. Abdullah Fahim b. Abdul Rahman, nikah batin di Malaysia ia bukan sahaja diamalkan oleh kumpulan Taslim bahkan oleh individu lain. Menurutnya pada tahun 1986 seorang gadis berumur 19 tahun dari Kuala Lumpur membuat laporan ke Pusat Islam yang menyatakan kakaknya telah dinikah batin oleh guru yang mengubat mereka secara batin. Kakak yang tua telah melahirkan 4 orang anak dan yang muda telah dua kali menggugurkan kandungannya.
Guru itu dan kakaknya telah dibicarakan di Mahkamah Syariah Gombak Timor, Selangor atas tuduhan berzina sehingga melahirkan anak. Mereka mengaku salah dan guru tersebut tidak sebut langsung hal ‘nikah batin’, ini berlaku pada 28 Mac 1986. Ajaran Batiniah ialah ajaran Tasawuf yang mengandungi 3 unsur iaitu: fahaman Hulul iaitu penyerapan Tuhan dengan hamba dan Wahdatul Wujud dan semacam dengannya, faham Syariah Ismailiyah dan Batiniah dan yang semacam dengannya dan ilmu Kebatinan hasil sankratisma antara kepercayaan primitif, agama Hindu, Buddha, Tasawuf Wahdatul wujud dan ajaran Syiah terutamanya yang terdapat di negara jiran.
Yang dimaksudkan dengan ajaran Syiah di sini ialah Syiah Nusairiyah dan Nizariyyah serta Musta’liyah dan Druz . Syiah Ismailiyah berjaya menegakkan kerajaan Fatimi di Mesir tahun 358 Hijrah. Dalam tahun 487 Imam Kerajaan Fatimi bergelar al-Mustansirbillah meninggal dunia, lalu puak Ismailiyah berpecah dua, satu mengikut Nizar bergelar Nizariyah dan satu lagi mengikut adiknya al-musta’li lalu digelar at-Musta’liyah.
Ada lagi pecahan lain iaitu Druz dan Nasiriyah yang ada di Lubnan, Syria dan Palestin. Selain itu Syiah Dua Belas yang berakidah dengan dengan Imamah, Wasi, Ismah, Hulul Zahir – Batin. Ia mengandungi 4 konsep utama iaitu:4.1.1. Ada zahir dan batin4.1.2. Ada tanzil dan takwil4.1.3. Ada takiyyah4.1.4. Ada wasiDi sepanjang sejarah Gerakan Syiah meninggalkan imej buruk yang penuh dengan ugutan, ancaman, pergaduhan dan kekerasan. Sikap kekerasan ini adalah warisan daripada saki baki gerakan syiah Ismailiyah yang berpusat di Aalamut yang diketuai oleh Al-Hasan al-Sabah di abad ke enam Hijrah, yang kadangkala menggunakan Hasyisy (ganja) atau seumpamanya.Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim, ajaran Tajalli Ahmad Laksamana Kelantan. Ada doktrin wujudiah, batin, takwil, gnosis, emanasi dan kebatinan Jawa.
Di Kelantan pula wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an. Ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih aktif di Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini. Terdapat beberapa bentuk ajaran sesat seperti animisma, dinamisma, ajaran hindu-bidha, sabaiyyah, syiah ismailiyyah dan aliran teosofi.
4.2.Era Kolonial
Era Kolonial merupakan zaman sebelum kemerdekaan di mana Singapura masih merupakan sebuah negara di bawah pimpinan Tanah Melayu di mana ajaran sesat telah mula wujud dan berkembang sejak pada awal tahun 1940-an. PERDAUS iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam ketika dahulu telah mampu meneroka perkembangannya. Pada ketika itu timbul keributan mengenai ajaran Qadiani hasil perdebatan hebat antara Allahyarham Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, di Onan Road.
Peristiwa perdebatan di antara Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, pada tahun 40-an itu, telah mampu meredakan ribut yang ditimbulkan ajaran Qadiani, terutama di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tinggal di sekitar Joo Chiat Road, Geylang Serai, Katong dan Telok Kurau. Namun ajaran itu masih wujud sehingga hari ini.
Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949. Ajaran sesat ini mempunyai ciri-ciri kesesatan seperti beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu), beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah, beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat, menghapuskan jihad, mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr, mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T, mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji, mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India dan menghukum kafir selain penganut Qadiani.
Dalam era kolonial juga terdapat ajaran sesat lain yang popular seperti ajaran sesat yang dikenali dengan nama ‘ Bahai’. Ajaran ini diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi dan mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah dengan beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T, beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai, beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal), beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi, beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib, mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut, menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka, memansukhkan agama Islam, menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru, mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali serta menghapuskan jihad.

4.3.Era Pasca Kolonial
Era Pasca Kolonial di antara tahun-tahun 1960an hingga tahun 2000 masih lagi terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk ajaran sesat di Malaysia .
Berdasarkan kajian oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa ajaran sesat yang terkumpul sehingga tahun 1997 ialah 60 ajaran, yang meliputi berbagai-bagai bentuk iaitu amalan “Al-Tasauf”. Penggabungan dengan aktiviti persilatan dan penggabungan dengan amalan perbomohan serta amalan khurafat yang lain. Jumlah ajaran sesat yang dapat di kesan sehingga 1999 ialah sebanyak 98 ajaran.
Ajaran-ajaran sesat yang bergerak cergas di negeri-negeri seluruh Malaysia sebelum tahun 1980 an, bukan sahaja telah mengalami pengurangan, bahkan kebanyakkannya telah dapat dibanteras oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Antaranya hingga ke peringkat tindakan undang-undang yang melibatkan hukuman denda atau penjara. Di samping itu terdapat juga tindakan yang dilakukan melalui pewartaan fatwa, proses pemulihan aqidah dan program-progrem penjelasan akidah yang dijalankan Kebanyakan ajaran sesat di Malaysia telah bergerak secara serampang dua mata, iaitu bercampur aduk antara amalan Tasawuf tawasufi atau wujudiah, batiniah dan kebatinan jiwa. Di samping ianya juga melibatkan amalan-amalan perbomohan yang menggunakan “helah agama” untuk kepentingan diri pengamalnya. Hal ini pada hakikatnya adalah semata-mata suatu amalan yang berpunca dari ajaran batiniah yang sememangnya kufur dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam yang Maha Suci. Selain dari ajaran-ajaran sesat, terdapat juga kecenderungan pihak tertentu yang menyebarkan dakyah mereka terhadap penganut agama Islam untuk mendekati ajaran agama lain.
Era Pasca Kolonial juga menampilkan beberapa ajaran sesat seperti Ajaran Crypto Mokhtar Hassan, Ajaran Taslim, Ajaran Mohd. Nasir Ismail Kemboja dan Ajaran Kumpulan Anti Hadis.
Bagi Ajaran Crypto, Mokhtar Hassan telah di hukum di Mahkamah Syariah (Kuang Selangor, 1978) ajaran ini menafikan Al-Quran, membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain kesalahan syariah. Ajaran ini tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Islam dan akhirnya berkubur.
Ajaran Taslim (difatwa oleh Jawatankuasa Kedah 1969) ajaran ini kadang-kadang mengurangkan pengerjaan ibadat sembahyang dan puasa. Ajaran Tajalli @ Hakikat Insan Ahmad Laksamana, Kelantan (dihukum di Kelantan tahun 1986). Ajaran ini memperkecilkan ulama syariat. Ia telah merebak ke serata negeri di tanah air. Seterusnya Ajaran Mohd. Nasir Ismail Kemboja (Batu Pahat 1980) yang menafikan fardhu Jumaat serta menyalahkan orang lain, akhirnya telah menyerang Balai Polis Batu Pahat di Johor. Manakala Kumpulan Anti Hadis telah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan pada bulan Mac 1980.

4.4.Era Masa Kini
Pada masa kini ditahun-tahun 2000 hingga lah sekarang masih juga terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebar dan di amalkan . Pada tahun 2007 Ajaran Sesat ‘kerajaan langit’ yang dipimpin oleh Ariffin bin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin di Terengganu telah terbongkar dan pengikut-pengikutnya telah dihadapkan ke mahkamah. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” segala agama, manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuat adalah berasaskan wahyu tersebut.

5. SENARAI ORGANISASI AJARAN SESAT DI MALAYSIA
Di Malaysia terdapat banyak ajaran sesat yang telah dikenalpasti dan di antara ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia adalah seperti berikut :-
1. Rampai
2. Wali Suci
3. Kalimat Sakti
4. Silat Pukulan Jarak Jauh
5. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
6. Zikir Sha`ban Islam Haq
7. Asal Wujud Garis Laksmana
8. Al-Ma`zat
9. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
10. Ilmu Kebatinan
11. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
12. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
13. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
14. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
15. Mohd Nordin Putih
16. Nasrun S.T.Qahar
17. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
18. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
19. Wali Sembilan
20. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
21. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
22. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
23. Al-Arqam
24. Golongan Anti Hadis
25. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
26. Syiah
27. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
28. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
29. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
30. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
31. Tarikat Mufaridiah
32. Ajaran Hassan Anak Rimau
33. Tarikat Aurad Ismailiah
34. Ajaran Martabat Tujuh
35. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
36. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
37. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
38. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
39. Ajaran Mohd Nor Seman
40. Ajaran Ayah Pin
41. Ajaran Bahai
42. Al-Ma`unah
43. Ajaran Azhar Wahab
44. Ajaran Hj.Banuar
45. Ajaran Sesat Lia Eden

6. KESAN DAN AKIBAT AJARAN SESAT
Sememangnya ajaran sesat membawa kehancuran terhadap kadaulatan negara dan juga menimbulkan berbagai keganasan, ia juga mengakibatkan ancaman terhadap kestabilan politik serta ancaman terhadap perpaduan ummah dan masyarakat.
6.1.Kesan Terhadap Individu
Dengan mengamalkan ajaran sesat akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam, pengamal ajaran sesat akan banyak membuang masa dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat. Minda penganut ajaran sesat akan tertutup dan pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik menjadikan kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

6.2.Kesan Terhadap Masyarakat
keruntuhan institusi kekeluargaan dan Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka. Ajaran sesat boleh menggugat perpaduan dan menimbulkan sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat . Ajaran sesat boleh mengwujudkan keganasan di mana kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

6.3.Kesan Terhadap Negara
Negara akan menjadi mundur kerana penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu. Ajaran sesat menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.
Ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah berlaku yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti peristiwa yang berlaku pada 19 Oktober 1974 di mana seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan. Peristiwa seorang ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak, iaitu Haji Damanhuri bin Haji Abd. Wahab yang berusia 68 tahun pada 7 Julai 1979. Seterusnya pada 16 Oktober 1980, lapan orang ahli kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir bin Ismail telah terbunuh dalam peristiwa serangan di Balai Polis Batu Pahat, Johor. Beberapa anggota polis dan orang awam turut cedera dalam peristiwa tersebut.

7. FAKTOR LAHIRNYA AJARAN SESAT.
Jika dikaji masyarakat Islam dinegara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawa kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu Faktor Dalaman ( Internal Factors ) dan faktor luaran . Faktor Dalaman Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dan tersembunyi didaerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dan sangat disegani oleh masyarakat sekitar. Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia. Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilah dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi. Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.
Faktor luaran. Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal demikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar masyarakat Islam. Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatan adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang awam, samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku. Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkali golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu sebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana. Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan ini adalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidah islam, disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.

8. TEKNIK PENYEBAR AJARAN SESAT MEMIKAT PENGIKUT
Berbagai cara telah digunakan oleh penyebar ajaran sesat untuk menarik minat pengikut di antaranya dengan cara perhati, beramah mesra, mencetus keraguan, gantung tak bertali, ikat dan kesamaran.
8.1.Perhati
Penyebar mesti pandai dan memahami hati serta pendirian orang yang dipikat. Mangsa selalunya seorang yang warak dan kuat mengerjakan amal ibadat. Penyebar ajaran sesat akan berpura-pura lebih kuat beragama dan beribadat daripada mangsa.
8.2.Beramah mesra
Penyebar cuba mencari jalan untuk mendampingi dan mendekati orang yang hendak dipengaruhinya. Misalnya, penyebar akan meminta bermalam di rumah orang berkenaan dengan tujuan mengadakan majlis membaca al-Quran dan dalam syarahannya akan diselitkan keburukan ulama lain.
8.3.Mencetus keraguan
Jika seseorang itu mengerjakan sembahyang fardu dan sunat dengan tekun dan tidak berhenti-henti, mereka akan menimbulkan pertanyaan apakah hikmah dan tujuan bersembahyang.
8.4.Gantung tidak bertali
Setelah tujuan penyebar berjaya menimbulkan keraguan dalam pemikiran seseorang dan orang yang dipikat benar-benar berminat untuk mengetahui pelbagai rahsia seperti rahsia di sebalik huruf awal surah, sembahyang dan puasa, penyebar seringkali bersikap ‘pura-pura jual mahal’. Jika didesak penyebar akan meminta mangsa bersabar, banyak mengerjakan sembahyang dan amal ibadat.
8.5.Ikat
Selepas diberitahu rahsia, mangsa diminta bersumpah tidak membocorkan rahsia. Mangsa ‘diikat lidah’ agar tidak membocorkan ilmu atau rahsia buat selama-lamanya.
8.6.Kesamaran
Penyebar ajaran sesat selalunya mengeluarkan kata-kata yang ‘berat dan kabur’. Contohnya, “manusia itu ada bermacam pendapat, bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing mengatakan pihaknya betul. Tetapi kita dengan mengenal diri, maka mengenal Allah dan Allah tidak menyembunyikan kebenaran, manakala orang lain berada dalam keadaan meraba-raba”.

9. CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Organisiasi ajaran sesat (OAS) pada umumnya merujuk kepada organisasi agama yang memudaratkan manusia. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
9.1.Mempunyai Pengucapan mengenai Alam GhaibPengucapan mengenai alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama. Biasanya pengucapan ini diadakan dalam bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.
9.2.Mempunyai Sifat Anti-MasyarakatSatu sifat yang ketara untuk Organisasi Ajaran Sesat ialah mempunyai sifat anti-masyarakat. OAS sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebenaran". Mereka sentiasanya membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum.
9.3.Mempunyai Seorang Ketua Yang Dipujakan Seperti DewaOAS biasanya mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa. Ketua OAS biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu.
9.4.Mempunyai Pengaruh Yang Mendalam Terhadap Ahlinya.
Penyertaan seseorang ke dalam sesautu OAS akan mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan bergerak.
Hujah di atas turut diperolehi dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang terdapat banyak ciri-ciri yang telah dikenal pasti sebagai ajaran sesat di antaranya adalah adalah seperti berikut:-
· Mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.
· Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi (ajaran sesat Qadyani, Bahai, Empat Sahabat, Nasir dan Mufarridiah).
· Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.
· Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.
· Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
· Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
· Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
· Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru.
· Memohon kepada objek tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.
· Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.
· Mengaku Allah menjelma dalam diri.
· Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
· Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan diperolehi terus daripada Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (jaga).
· Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan mendakwa akan masuk ke syurga.
· Memansuhkan syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap setelah sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.
· Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
· Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain.
· Mengubah dengan sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.
· Mengakui dan mempercayai bahawa tangkal boleh memberi kesan.
· Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya. Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan tidak sampai kepada matlamat sebenar.

10. Ancaman Ajaran Sesat Kepada Umat Islam Dan Negara
10.1. Mencela Ulama Dan Fuqaha
Kebanyakan penganjur ajaran sesat mendakwa diri dan pengikutnya sebagai manusia yang mengetahui segala ilmu hakikat dan telah mencapai ke maqam yang tinggi serta menolak syariat. Mereka meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin. Ulama zahir dianggap hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama pada hari ini sedangkan diri mereka diletakkan taraf yang lebih tinggi dan mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.

10.2. Membuat Takwilan Dalam Agama
Guru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadis dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie. Mereka terpengaruh dengan ajaran batiniah dan menggunakan doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wujudiah. Hal ini dapat dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atau lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti angka dan pandangan huruf.

10.3. Kepentingan Peribadi Dan Seks
Kebanyakan ajaran sesat ini mempunyai motif dan kepentingan peribadi kepada gurunya seperti kepentingan terhadap kedudukan, pangkat, kebendaan dan seks bebas dengan mengamalkan nikah batin. Nikah batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia yang boleh berlaku sama ada antara guru dengan pengikutnya atau sesama di kalangan pengikutnya yang tidak terikat dengan hukum syarak.

10.4. Ingin Melemahkan Perpaduan Dan Menghancurkan Agama Islam Melalui Gerakan Rahsia
Sejak zaman Rasulullah lagi, terdapat golongan yang ingin merosakkan agama Islam secara halus tetapi menemui kegagalan. Namun, ketika zaman Khalifah Umaiyyah dan zaman selepasnya, pelbagai penyelewengan akidah dan syariah telah berlaku. Golongan tertentu telah menyelewengkan hukum dan syariat Islam seperti ajaran Crypto Mokhtar Hassan yang menafikan al-Quran, membatalkan sembahyang dan ibadat lain dan ajaran Tajalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksamana yang memperkecil-kecilkan ulama syariat.

10.5. Untuk Memecah Belahkan Perpaduan Dan Persaudaraan Umat Islam
Fahaman Syiah mula tumbuh pada tahun 36H yang diamalkan di Iran, Lubnan dan Pakistan telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam.

10.6. Untuk Menguji Sejauh Mana Kefahaman Dan Ketaatan Umat Islam Terhadap Agamanya
Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, ini memudahkan agama Islam dan umatnya dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.

11. Penutup
Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam di negara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama. Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin; Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam. Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak. Sabda Rasulullah saw. Ertinya: “ Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku”
Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah haruslah memahami bahawa sesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah telah menyatakan bahawa Mukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir dari peningkatan ketakwaan kepada Allah. Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam islam ialah Rasulullah sendiri telah cedera parah dalam peperangan Uhud. Jika ada kekebalan dalam islam sudah tentu Rasulullah dan para sahabat tidak akan cedera dalam peperangan. Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat didalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat islam dinegara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh disebalik tabir Islam.

AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Persatuan Ulama’ 1992. Malaysia, Bil, 31 ( thn 3 ) Jamadilawal 1413h
Zainuddin Hamidy, Fachruddin. 1991. Tafsir al-quran. Klang, Selangor. Klang Book Centre.
Drs. Abdul Ghani Bin Hj Idris. 1999. Bagaimana Islam Berpolitik Dan Memerintah. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publisher.
Khurshid Ahmad (ED). 1991. Kajian Dalam Ekonomi Islam., Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Muhaimin Sulam. 1994. Tasawwur Islam. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Muhamed S. El-Awa. 1991. Sistem Politik Negara Islam. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nazmi Ghazali Azmi Al-Naghazi. 1992. Al-Balad al-Muntazar (Negara Harapan). Selangor. Budaya ilmu Sdn Bhd.
Wan Zailam Kamaruddin. 1997. Hakikat Kenabian Menurut al-Quran. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn Bhd.
Satu Analisis Perbandingan Antara Doktrin-doktrin Dalam Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad Laksamana dan Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Tesis,( Fakulti Pengajian Islam UKM, 1991).